Advertorial
Tips Untuk Kekal Segar Sepanjang Ramadan - No 5 Paling Mudah, Senang Je!
Kedatangan Ramadan dan Raya pastinya membuatkan kita rasa teruja. Bulan yang mulia ini dilihat sebagai peluang untuk beribadat serta berkumpul dengan keluarga.
Namun begitu, ada antara kita yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan di bulan Ramadan. Ada yang rasa tidak bertenaga serta lesu.
Bagaimana nak kekalkan kesegaran di sepanjang bulan Ramadan? Ikuti tip-tip mudah ini:
1. Minum air secukupnya
Puasa seharusnya tidak menjadi penghalang untuk anda minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Rancang pengambilan air anda selepas waktu berbuka sehingga waktu sahur.
2. Senaman ringan
Rasa lemau dan penat? Lakukan senaman ringan untuk mengelakkan rasa yang tak diingini sepanjang bulan Ramadan. Pada bulan Ramadan ini, otot anda lebih berpotensi untuk mengecut dan ini menyukarkan untuk mengurangkan berat badan. Walau bagaimanapun, dengan melakukan senaman ringan, anda berupaya mengekalkan keadaan otot anda akan kekal pejal dan juga membantu mengurangkan rasa penat.
3. Dapatkan tidur yang cukup
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup untuk kecergasan yang berpanjangan di bulan Ramadan. Tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari unuk mempertingkatkan kesejatheraan kesihatan anda.
4. Jaga pemakanan
Ramadan dan Raya tidak seharusnya menjadi alasan untuk anda makan berlebihan. Tabiat pemakanan haruslah dijaga and diambil secara sederhana.
5. Dapatkan nutrisi seimbang
Nutrisi seimbang merupakan salah satu faktor penting yang boleh mengekalkan kesegaran sepanjang Ramadan dan Raya. Ambil sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Mudah sahaja untuk anda mendapatkan nutrisi seimbang menerusi minuman yang diambil. Minum sahaja MARIGOLD PEEL FRESH!
Padat dengan kebaikan Vitamin A, C dan E, MARIGOLD PEEL FRESH menyegarkan serta memberikan nutrisi seimbang kepada semua orang setiap hari. MARIGOLD PEEL FRESH adalah pelengkap kebaikan buah-buahan harian anda
Jangan lupa berbuka puasa dengan kesegaran MARIGOLD PEEL FRESH, barulah lengkap!
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: 123RF, Glamour UK, ATON, Diabetes Forecast, Kiwi Strength, Reader's Digest