Laman Utama
Tolak Beg Tangan Berjenama, Zizi Kirana ‘Request’ Nak Kuda Arab RM100,000 - “Suami Kata InsyaAllah Dia Akan…”
Tidak berminat dengan barangan berjenama antarabangsa, penyanyi Zizi Kirana meminta suaminya iaitu aktor Yusof Bahrin untuk menghadiahkannya seekor kuda.
Menerusi video yang tular di TikTok, Zizi berkata suaminya akan usahakan untuk menyempurnakan impiannya untuk memiliki kuda baka Arab yang berharga RM100,000.
“Saya ada beritahu suami, saya tak nak bag Hermes atau Chanel, saya mahu kuda… kuda baka Arab.
Saya tanya kepada cikgu yang ajar saya menunggang, berapa harga kuda Arab, dia kata bernilai RM100,000.00.
“Suami kata, insya-Allah dia akan usahakan. Kuda Arab warna hitam,” kata Zizi.
Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu EH! itu turut menyatakan sebab mengapa dia memilih kuda jenis baka Arab dipilih berbanding yang lain.
“Kuda Arab kuatnya lain macam bila saya tunggangnya. Selain itu, bentuk badannya jugak kuat. Tambah lagi, kuda Arab dari tanah Arab tempat kelahiran Nabi.
“Saya ada tanya pada jurulatih, katanya kuda arab yang paling terbaik ada jual di Australia. Tetapi harganya lebih mahal kerana perlu kira kos logistik dan sebagainya,” ujarnya.
Untuk rekod, Zizi mendirikan rumah tangga dengan Yusof pada 19 September 2021.