“Tolong Daftarkan Ibu Bapa Di Kampung…” - Sabah & Kelantan Catat Pendaftaran Vaksin Tercorot!
Ketika itu, negeri yang tersenarai termasuklah Kelantan, Terengganu dan Pahang.
BACA : Negeri Pantai Timur Paling Kurang Daftar Vaksin! Jo Lo Ko?
Terbaru, menerusi laporan terkini dikeluarkan pihak berkuasa, Sabah menjadi negeri paling rendah kadar pendaftarannya.
Menerusi laman Facebook Public Health Malaysia, Sabah mencatatkan 11 peratus diikuti Kelantan, 17 peratus.
Menurut laman itu juga, pihaknya meminta supaya orang ramai memantau ibu bapa dalam isu pendaftaran ini.
“Perhatian pada anak anak yang berada di perantauan, dah lama tak balik kampungkan?
“Tolonglah daftarkan ibu bapa anda yang berada di kampung halaman, terutamanya kepada dua negeri dengan peratusan pendaftaran tercorot iaitu Sabah 11 peratus, Kelantan 17 peratus.
“Pejabat pejabat YB, NGO dan persatuan belia tempatan perlu bergerak aktif untuk membantu komuniti untuk pendaftaran vaksin https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/,” kata pengendali akaun tersebut.
Anda boleh lihat senarai jumlah pendaftaran mengikut negeri di bawah.