Laman Utama
“Tolong Jangan Bagi!”- Scammer Menyamar Sebagai Bambang Minta Pinjam Duit
Penggaya rambut terkenal, Bambang Soteto terkejut apabila ada pihak atau individu yang cuba menipu dengan menggunakan namanya untuk meminjam duit daripada rakan-rakannya.
Individu itu telah menyamar menjadi dirinya di aplikasi WhatsApp dan kemudian meminta duit daripada rakannya dengan mendakwa untuk meminjam.
“Pagi-pagi ada orang berjaya hack my WhatsApp contact atau apa, macam mana entah dia mesej kawan-kawan saya minta pinjam duit!,” katanya.
Bambang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia menunjukkan bukti rakan-rakannya yang telah terpedaya dengan akaun WhatsApp yang menggunakan nama dan gambarnya tetapi nombor telefon yang lain.
Bambang meminta agar rakan-rakannya berhati-hati dan jangan terpedaya dengan mesej itu kerana dia akui belum pernah meminta duit untuk dipinjam terutama dari rakan-rakannya.
“Please jangan bagi. Saya tidak akan pinjam duit macam itu. Setakat ini alhamdulilah tak memerlukan untuk pinjam duit dari kawan atau kenalan.
“Random saja, pakai gambar saya,” ujarnya.
Bambang turut menyertakan nama akaun bank serta nombor telefon yang digunakan individu tersebut supaya semua lebih berhati-hati.