Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

'Tornado' Badai Ipoh, Netizen Ikut Sedap Tulis Komen Tak Sensitif? - "Kenapa Tak Azan? Kena Rapatkan Saf Masjid"

Hanafis Haris 31/01/2022 | 00:56 MYT

Semalam, negara dikejutkan dengan kejadian ribut yang melanda Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas, Ipoh, Perak.

Kejadian nahas itu menyebabkan beberapa rumah rosak teruk.

Difahamkan, ada bumbung rumah 'terbang' dalam kejadian itu dan tidak kurang juga tiang elektrik turut tumbang ketika ia berlaku kira-kira jam 6.40 petang, Ahad.

Namun,perkongsian sebuah video oleh seorang pengguna TikTok, Cik Atika Raai telah membuka mata netizen apabila ribut berkenaan dirakam dari sudut berbeza.

Menerusi video yang dikongsi, kesemua mangsa sedang berada di perkarangan rumah untuk berlindung.

Angin kemudian muncul begitu kuat hingga menerbangkan kepingan-kepingan zink.

Tambah menyedihkan, terdapat juga anak kecil ketika kejadian itu berlaku.

"Ya Allah, Allahuakbar," itu antara launganleh keluarga mangsa.

Anda boleh lihat video tersebut dengan lebih jelas di bawah.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sementara itu menerusi ruang komen, kebanyakan netizen tidak menyangka apabila kejadian seolah-olah 'tornado' itu boleh berlaku di Malaysia.

Pun begitu, ada juga yang memberi komen yang kurang 'enak' apabila mempertikaikan sama ada mangsa kejadian telah melaungkan azan atau tidak.

Tidak cukup dengan itu, ada juga cuba yang membangkitkan isu taubat dan berkaitan agama.

"Kenapa tak azan?

"Tuhan perhatikan segala-galanya, selagi orang tak bertaubat"

"Itulah kena rapatkan saf dalam masjid," tulis beberapa netizen.

Kesemua komen berkenaan kemudian dikecam oleh beberapa netizen lain yang menyifatkan ia sebagai tidak sensitif.

"Dah kenapa komen macam tu"

"Tak dengar ke dia tengah azan tu"

"Orang tengah dilanda musibah, boleh pula ya komen macam tu," tulis beberapa pengguna TikTok.

#Viral #Masjid #Ribut
;