Berita

Tragedi Christchurch: Selepas 8 Hari, Kanak-Kanak 4 Tahun Masih Kritikal

Kamaruddin Razal
23/03/2019
06:03 MYT
Sponsor Banner
Tragedi Christchurch: Selepas 8 Hari, Kanak-Kanak 4 Tahun Masih Kritikal
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang parah ditembak dalam serangan pengganas di Christchurch, dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.
Menerusi laporan Astro Awani, Alen Alsati antara mangsa termuda dalam tragedi yang meragut 50 nyawa, selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di dua buah masjid.
Jurucakap Lembaga Kesihatan Auckland berkata keadaan Alen belum menampakkan sebarang perubahan selepas lapan hari dirawat di sebuah hospital di Auckland, lapor portal Stuff.
Bapanya Wasseim Alsati, seorang tukang gunting rambut yang berasal dari Jordan, juga cedera dalam serangan di Masjid Al Noor.
Wasseim sempat memuat naik satu entri di Facebook sehari selepas kejadian, memaklumkan keadaannya dan meminta orang ramai mendoakan dia dan anaknya.
Alen dilaporkan mengalami kecederaan vaskular yang serius, seperti yang diceritakan seorang doktor yang merawatnya, Dr Adib Khanafer.
“Peluru tersebut mengenai pada saluran darah dan amat sukar untuk dirawat. Peluru telah merosakkan pelvis dan bahagian arteri di bawah terpotong," kata Adib.
Sumber: Astro Awani / Agensi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar