Laman Utama

Tragedi Pesawat Terhempas: Penunggang Motosikal Sempat Jerit Allahuakbar

Izwan Isa
17/08/2023
10:46 MYT
Sponsor Banner
Tragedi Pesawat Terhempas: Penunggang Motosikal Sempat Jerit Allahuakbar
Saksi kejadian pesawat terhempas di kawasan perumahan Elmina Seksyen U16, Shah Alam, Selangor mendakwa terdengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar di tempat kejadian.
Memetik Harian Metro, saksi yang ingin dikenali sebagai Ihsan, 37, berkata, penunggang motosikal berkenaan sempat bergerak sedikit. Namun, disebabkan api terlalu marak, dia dan saksi lain tidak mampu berbuat apa-apa.
“Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit.
“Namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak,” katanya yang juga merupakan pekerja Pengurusan Air Selangor.
Tambah Ihsan, sebelum kejadian, dia sedang membaca meter air berhampiran lokasi terbabit. Ketika itu, dia sedang menaiki motosikal ke Persiaran Elmina untuk membaca meter di lokasi seterusnya namun tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di belakang.
"Saya pusing belakang lihat kepulan asap dan terus berpatah balik.
"Ketika itulah saya lihat penunggang motosikal itu menjerit kalimah Allah dan bergerak sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu," katanya.
Ihsan berkata, ketika itu dia juga melihat seorang dari pesawat itu berada di luar dalam keadaan rentung.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar