Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Tragis! Doktor Pelatih Dirogol Dan Dibunuh, Ribuan Lancar Bantahan

Khairil Khusyairi 18/08/2024 | 06:55 MYT
Gempar baru-baru ini apabila seorang doktor dirogol dan dibunuh susulan penemuan mayat mangsa berusia 31 tahun dengan pelbagai kesan kecederaan di India.
Kejadian berlaku di dalam sebuah kolej perubatan di Kolkata tempat mangsa bekerja dan difahamkan mangsa dipercayai berada di situ untuk berehat selepas bertugas selama 36 jam.
Lebih tragis, selain mengalami kecederaan di bahagian perut, tangan, dan muka. Kaki mangsa juga dikepak sehingga bertentangan.
Susulan itu, seorang lelaki yang juga bertugas di hospital berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Terbaharu, ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan di Kolkata, bagi mengecam kejadian tersebut sekali gus menuntut keadilan untuk mangsa, selain mahu keganasan teruk terhadap golongan wanita dalam masyarakat di India dibanteras segera.
Penunjuk perasaan turut menyalakan lilin pada tengah malam, seiring permulaan sambutan Hari Kemerdekaan India, pada Khamis.
Mereka antara lain melaungkan tuntutan untuk keadilan, selain membawa sepanduk tertera 'Gantung perogol, selamatkan wanita.
Susulan kejadian itu, doktor tidak ketinggalan menuntut keadilan ditegakkan segera dan mahu keadaan keselamatan yang lebih baik di tempat kerja, dengan bantahan diadakan di beberapa hospital seluruh negara.
Perdana Menteri, Narendra Modi, dalam ucapannya di New Delhi pada pagi tadi sempena sambutan Hari Kemerdekaan India, tidak merujuk kes rogol dan pembunuhan di Kolkata itu secara khusus tetapi mengutuk keganasan terhadap wanita.

"Kemarahan tercetus di negara ini kerana kekejaman dilakukan terhadap ibu-ibu dan saudara-saudara perempuan kita.

"Jenayah terhadap wanita perlu disiasat segera, dengan tindakan kejam pada golongan itu harus dikenakan hukuman yang berat dan segera," katanya.

Sumber: AFP

#wanita #India #Tular #Doktor #Kejam #Bantah #Mogok #Dirogol #Dibunuh #Pelatih
;