Hollywood

"That Train Is Everything!" - Veil Meleret Priyanka Chopra Jadi Sebutan, Epiknya!

Amri Hassan
05/12/2018
03:16 MYT
Sponsor Banner
"That Train Is Everything!" - Veil Meleret Priyanka Chopra Jadi Sebutan, Epiknya!
"And forever starts now ...," itu antara bait-bait kata yang ditulis Priyanka Chopra buat teman sehidup sematinya, Nick Jonas ketika majlis resepsi semalam.
A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on
Pasangan itu melangsungkan resepsi mengikut tradisi Kristian selepas selamat berkahwin pada Sabtu lalu.
Dalam majlis tersebut, Priyanka mencuri tumpuan dengan menyarung gaun labuh putih rekaan Ralph Lauren.
Namun sebenarnya, bukan itu yang menjadi perhatian! Kain layah (veil) meleret sepanjang 22 meter menjadi bualan seluruh dunia.
Priyanka tampil penuh dramatik dari dalam gereja dengan veil yang dipegang oleh enam orang pengiring di belakangnya.
Manakala, menurut laporan People, gaun perkahwinan Priyanka dihiasi oleh 2.3 juta butir labuci mutiara dan mengambil masa 1,826 jam untuk disiapkan!
Menariknya, sepanjang tempoh 50 tahun keberadaan Ralph Lauren dalam industri fesyen, beliau hanya pernah mereka tiga gaun pengantin sahaja.
Pertamanya untuk anak perempuannya, seterusnya buat menantu perempuannya dan kali terakhir untuk anak saudaranya.
Persalinan Priyanka dilengkapi dengan sepatu khas rekaan pereka Malaysia, Datuk Jimmy Choo.
Majlis itu berlangsung di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India dengan kehadiran 225 orang tetamu termasuk keluarga kedua-dua pasangan itu.
Priyanka dan Nick telah bertunang pada Julai lalu selepas dua bulan berpacaran.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar