Laman Utama
#TravelMana: ‘Bermanja’ Dengan Si Bulu Di Luar Negara, 5 Kota Ini Wajib Dikunjungi Oleh Pecinta Kucing
Setiap destinasi pasti ada tersendiri yang menarik minat pelancong berkunjung ke lokasi mereka.
Uniknya bagi lima tempat ini, bukan sahaja ia didiami oleh manusia tetapi ia juga menjadi penempatan bagi haiwan manja, si bulu.
Penggemar kucing pasti akan tertarik untuk menuju ke lima destinasi menarik di dunia ini. Hal ini kerana di lima lokasi inilah, kucing yang jinak dan comel berkeliaran.
Bagi kaki travel yang juga pantang tengok kucing, inilah masanya anda mahu ‘berkenalan' dengan si manja yang terdapat di negara lain.
1. Aoshima Island, Jepun
Pulau keempat terbesar di Jepun ini terkenal dengan jolokan 'Cat Island'. Bermula dengan beberapa ekor kucing ditempatkan namun semakin bertambah di perkampungan nelayan itu.
Untuk pergi ke pulau ini, anda perlu nenaiki bot merentas lautan dan tiba sahaja di pelabuhan, ratusan kucing akan menanti kedatangan anda.
Kucing-kucing yang ada di sini cukup manja dan kelihatan gembira sekiranya pelancong ingin merakam gambar bersama.
2. KattenKabinet, Amsterdam
Diasaskan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki kaya mahu menjadikan tempat ini sebagai memori buat kucingnya bernama Tom.
Muzium ini dipenuhi dengan gambar kucing, poster, lukisan dan koleksi kucing sebenar. Di sini juga terdapat kedai-kedai cenderamata untuk peminat si manja.
3. Largo Torre Argentina, Rom
Dataran kuno Rom telah menjadi santuari bagi banyak kucing liar, yang bertindak sebagai tempat perlindungan tempatan yang dikendalikan oleh sukarelawan.
Terdapat hampir 150 ekor kucing ditempatkan di dalam kuil lama bercirikan roman yang dibina sejak tahun 1929.
4. Istanbul, Turki
Bandar cantik di Turki digelar sebagai bandar kucing oleh sebahagian daripada penduduknya. Hal ini kerana begitu banyak kucing yang berkeliaran di sekitar kota ini.
Hampir kebanyakannya comel-comel dan gebu! Bagi pelancong, ini perkara pertama yang mereka akan perasan. Di bandar Istanbul memang banyak kucing yang comel dan jinak.
5. Lady Dinah Cat Emporium, London
Kafe Lady Dinah Cat Emporium perlu berada dalam senarai anda. Sambil anda memesan minuman, anda boleh berinteraksi dengan kucing-kucing yang ada di situ.
Kucing-kucing yang berada di dalam cafe tersebut merupakan kucing liar yang berkeliaran di sekitar bandar London dan diselamatkan oleh pasukan Lady Dinah sejak tahun 2014 lagi.
Berkonsepkan tema Inggeris dengan dilatari dekorasi fantasi dan sudah dibuka untuk dine-in.
Apapun, tahukah anda si comel kesayangan anda juga sebenarnya boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?
Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.
Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.