Laman Utama
#TravelMana: ‘Bunga Sakura’ Hiasi Loji Kumbahan, Dah Macam Di Jepun! - “Duk Seminit Bau Melekat Di Baju”
Sebuah lokasi loji kumbahan menjadi tumpuan ramai apabila kemunculan ‘bunga sakura’ menghiasi kawasan persekitaran.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna @youzernotfaun berkongsi sebuah video kawasan loji kumbahan bertukar menjadi taman yang terletak di Sungai Petani, Kedah.
Suasana pemandangan loji kumbahan di Sungai Petani,” tulis pengguna tersebut secara ringkas.
undefined
Dengan pemandangan tak ubah seperti negara Jepun, pokok yang kelihatan seperti sakura tersebut sebenarnya adalah bunga keladi bunting.
Bunga keladi bunting atau nama saintifiknya Eichhornia crassipes ialah sejenis pokok bunga berwarna putih ungu.
Untuk mendapatkan bunga ini pokok keladi bunting ini perlu di tanam di permukaan air. Ia amat cepat membiak dan bunganya mudah diperolehi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu di ruangan komen, rata rata wargamaya terkejut dan teruja melihat kawasan loji kumbahan kini bertukar menjadi taman bunga serta lokasi bergambar.
Malah, ramai yang sanggup menahan bau demi bergambar di kawasan tersebut memandangkan aroma yang kurang menyenangkan itu sudah boleh dihidu dari dalam kereta.
“@iezzat_haikal:Cantiknya pokok keladi bunting berbunga serentak”
“@Izzketambola:Fuhhh loji ni dok seminit bau dia melekat dibaju diboxer kita ni ha”
“@koroi:Setelah sekian lama aku hidup, aku menyumbang sesuatu yang berharga kepada masyarakat”
“@niss:Macam mana orang boleh tahan bau weh, aku amik adik aku kat sekolah sebelah tu pun bebauuu”
“@NgendoK丨iYoi:Baja yang memberikan sangat banyak khasiat... saya bangga menjadi penyumbang”
“@Brysamanoban:Subur betul bunga-bunga situ kalo aku pun nak photoshoot situ
“@lia_nmn76 :Kita lupakan tentang bauannya. Kadang penuh burung-burung hinggap di atas ranting pokok tu macan bunga sakura jadinya.
Namun difahamkan lokasi tersebut telah ditutup kepada orang ramai kerana tidak selamat.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TikTok.
Kredit foto: Twitter @faezmaleksss