Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#TravelMana: Ini 4 Lokasi Replika Kucing Di Bandar Kuching Yang Wajib Dikunjungi Pencinta Haiwan

Azwa Rahman 15/04/2022 | 11:07 MYT
Kaki travel yang merupakan pencinta kucing kali ini tidak perlu merantau jauh ke luar negeri untuk berasa lebih dekat dengan haiwan tersebut.
Kalau anda sukakan si manja ini, pasti anda tahu kewujudan replika kucing di ibu negeri Sarawak, Kuching.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook di ruangan Backpackers Buddies Malaysia, dia telah menyenaraikan empat lokasi replika kucing untuk anda boleh bergambar kenangan.
Jarak di antara empat lokasi ini tidaklah jauh antara satu sama lain dan boleh dikunjungi dalam satu masa.
Semua replika kucing yang ada kelihatan baru dan cantik yang mencerminkan imej bandaraya Kuching sebagai tempat sejahtera untuk didiami.
Empat lokasi replika kucing di bandar Kuching:
1. Replika di Jalan Tunku Abdul Rahman depan Hotel Riverside Majestic dan Hotel Grand Margherita.
Replika ini paling popular kerana menjadi laluan orang ramai di tengah pusat bandar.
Replikanya besar dan tinggi. Tidak pernah sunyi, akan sentiasa ada kumpulan pengunjung yang mengerumuni kucing ini untuk bergambar bersama.
2. Replika kucing warna putih di hujung Jalan Padungan di kawasan bulatan.
Agak terkenal di bandar Kuching, replika ini menunjukkan seekor kucing mengangkat tangan kiri, seolah-olah menyapa orang lalu lalang. Replika di atas tanah ini cukup besar!
Menariknya replika ini dipakaikan pelituo muka, sebagai peringatan kepada penduduk supaya sentiasa mematuhi SOP.
3. Replika dua ekor kucing putih di hujung jalan Padungan yang lain.
Sudah tentu replika kucing ini menarik memandangkan ia terletak di bawah tiang besar.
Namun, untuk anda yang mahu bergambar akan mengalami sedikit kesulitan untuk memarkir kenderaan di kawasan ini.
4. Replika kucing di India Street
Ini lain daripada yang lain kerana gayanya lebih kepada bentuk robot kucing ataupun cyborg.
Memang unik dam wajib ambil OOTD di sini. Kalau dah sampai Kuching, jangan lepaskan peluang ambil gambar kenangan di lokasi replika ini.
Apapun, tahukah anda si comel kesayangan anda juga sebenarnya boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?
Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.
Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.
Sumber: Facebook Yamin Ismail
#Travel Mana #Kuching Sarawak #Replika kucing
;