Gaya Hidup
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Menerusi laporan The Korea Times pada Rabu, South Korea Cultural Heritage Administration (CHA) mengumumkan yang lawatan pada sesi malam ini akan bermula pada pukul 7 hingga 9.30 malam dengan sesi terakhir pada 8.30 malam waktu tempatan.
Lawatan dibuka
Namun, lawatan pada sebelah malam ini tidak tersedia pada setiap hari Isnin, Selasa, dan dalam tempoh dari Rabu (17 Mei) hingga Jumaat (19 Mei 2024).
Tiket masuk untuk lawatan malam Istana Gyeongbokgung tersedia menerusi dan dalam talian dalam kuantiti terhad.
Tempahan tiket dalam talian diperlukan untuk semua pelawat, kecuali pelancong asing. Untuk makluman, menurut CHA, lawatan malam ke Istana Gyeongbokgung tahun lalu telah menarik kira-kira 274,000 pengunjung.
Memetik laporan daripada halaman Istana Diraja dan Pusat Makam Korea Selatan, harga tiket masuk Istana Gyeongbokgung untuk lawatan berkala pada siang hari bermula pada 3,000 won (RM10.43) untuk pelancong berumur 19 hingga 64 tahun.
Untuk rekod, nama ‘Gyeongbok’ bermaksud ‘dinasti baharu akan bertuah dan sejahtera’.
Selain mempunyai Gerbang Gwanghwamun yang terkenal, istana ini juga merupakan lokasi di mana Hunminjeongeum (skrip untuk menulis bahasa Korea) dicipta dan diedarkan.
Perjalanan lancar
Ingin memudahkan perjalanan ke Korea? Mulakan langkah percutian anda dengan menaiki Express Rail Link (ERL) atau KLIA Ekspres dari pusat bandar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2.
Dengan kekerapan tren setiap 20 minit, pengguna boleh memulakan perjalanan seawal 5 pagi dengan tren terakhir ke KLIA 1 dan 2 pada 12 tengah malam.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran baharu atau tempah tiket perjalanan KLIA Ekspres menerusi www.kliaekspres.com.