Laman Utama
#TravelMana: Jom Dine-In Bertemankan Pokok Hijau, Ini 7 Lokasi Lepak Menarik Dikelilingi Alam Semulajadi
Kelonggaran untuk makan di dalam restoran bagi yang mereka yang lengkap divaksinasi telah diumumkan oleh kerajaan.
Buat penggemar alam semulajadi yang mahukan kelainan, tidak mahu dine-in di dalam suasana tertutup, lokasi-lokasi restoran dan kafe ini cukup menarik untuk anda kunjungi.
Sambil makan dan habiskan masa bersama orang tersayang, di sini, Gempak senaraikan 7 lokasi lepak di kawasan outdoor bertemakan alam semulajadi.
1. Planter Chin
Terletak di Bangsar, kafe yang terletak di dalam sebuah studio tanaman ini cukup menyegarkan. Peminat pokok boleh menikmati kopi bersama kek mereka sambil dikelilingi kehijauan tumbuhan.
Istimewanya lagi, kafe ini menjadi tempat bermain beberapa ekor kucing jinak yang mencuit hati. Jika anda tertarik dengan mana-mana pokok atau tumbuhan yang ada, ia tersedia untuk dibeli.
Alamat: 6a, Jalan Kemuja, Bangsar, KL
Waktu operasi: Selasa - Ahad, 10 pagi hingga 5 petang.
2. BBQ Lamb KL Kemensah
Bayangkan anda makan hidangan daging BBQ empuk dengan mencelupkan kaki ke dalam sungai? BBQ Lamb KL Kemensah adalah lokasi sempurna untuk anda makan dalam suasana outdoor.
Hidangan nasi kuning bersama daging ayam, itik atau biri-biri yang disalai sangat menyelerakan. Untuk mengelak sebarang kekecewaan kerana penuh, anda boleh menempah meja terlebih dahulu.
Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, Ampang, KL
Waktu operasi: Setiap hari, jam 10 pagi hingga 7 malam.
3. The Farm Foodcraft
Sebuah lagi kafe menarik di Bangsar South, buatkan anda berada di dalam sebuah tapak ladang yang moden. Selain menu makanan bertemakan Asian dan barat, The Farm menawarkan suasana yang sangat chill, tenang dan lokasi yang sesuai untuk lepak bersama teman.
Alamat: LG, The Sphere, Bangsar South City, KL
Waktu operasi: Setiap hari, jam 10 pagi hingga 10 malam.
4, Ruma Puteh
Kafe hispter ini merupakan tarikan terbaru di tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Beberapa langkah memasuki Ruma Puteh, anda pasti akan terpegun dengan dekorasi hipster dengan sentuhan alam semulajadi. Selepas makan, jangan lupa mengambil foto OOTD sebagai kenangan.
Alamat: 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, KL
Waktu operasi: Selasa - Ahad, 9 pagi hingga 7 malam
5. Golek-Golek Suasana Kampung
Menikmati menu enak masakan kampung dalam suasana kampung wajib anda cuba walaupun sekali. Restoran berbentuk sebuah rumah lama ini menempatkan ruangan makan outdoor sambil dikelilingi pokok-pokok. Menambah bonus, anda boleh datang menikmati juadah sama ada waktu tengahari atau makan malam.
Alamat: Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, KL
Waktu operasi: Selasa - Ahad, 12 tengahari hingga 3 petang dan 7 malam hingga 12 tengah malam
6. Pokok KL
Sebuah kafe yang menawarkan menu masakan tempatan dan barat. Namun Istimewanya kafe ini adalah lokasi dan dekorasinya yang dikelilingi pokok-pokok hijau. Memang sesuai untuk lokasi mereka yang mahu melepak bersama teman.
Namun ini hanya peringatan manja. Dengan tempat duduk yang agar terhad, anda mungkin perlu beratur terutamanya pada waktu hujung minggu.
Alamat: MAHSA Avenue, Block B, Level 1 Jalan Ilmu Off, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, KL
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi hingga 8 malam.
7. Pola-Dola
Terletak di Setia Alam, kafe yang berbentuk rumah hijau dengan cita rasa urban ini cukup memukau buat mereka yang mahu menikmati hidangan sambil ditemani cahaya matahari. Kafe ini menawarkan hidangan barat dan kopi, memang sesuai sebagai lokasi lepak anda pada waktu lapang.
Alamat: L33-G, Eco Ardence, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, Selangor.
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi hingga 8 malam.