Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

#TRAVELMANA: Kelantan Optimis Capai Sasaran 2.5 Juta Pengunjung Tahun Ini

Gempak 04/08/2024 | 14:55 MYT

Kelantan optimis mencapai sasaran 2.5 juta pengunjung pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Noor.

Beliau berkata, sejak Januari hingga 30 Jun lepas Kelantan dianggarkan menerima seramai 1.5 juta pengunjung.

"Kita mendapati lebih 500,000 pengunjung luar datang ke negeri ini melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand selebihnya datang menggunakan pengangkutan udara dan darat.

"Menerusi unjuran jumlah ini, kita yakin dalam tempoh enam bulan lagi kita mampu mencapai sasaran 2.5 juta pengunjung tahun ini," katanya ketika berucap merasmikan Program Pelancongan Budaya: Festival Kesenian Rakyat Kelate 2024 (FKRK) di Pantai Irama, Bachok, Kelantan pada Sabtu.

Beliau turut yakin sasaran 10 juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024) mampu dicapai dalam tempoh lima tahun.

Optimis

Kamarudin berkata, dalam tempoh setahun ini, pihaknya mampu mencapai sasaran dua juta pengunjung melalui kerjasama agensi kerajaan pusat dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta badan berkanun yang menganjurkan pelbagai acara menarik.

"Saya mengakui bahawa kita tidak akan mencapai matlamat tanpa kerjasama semua pihak terutama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) termasuk pemberian peruntukan atau geran kepada NGO dan lain-lain pihak yang terlibat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Yogyakarta Catat Suhu Serendah 19 Darjah Celsius, Masa Yang Sesuai Untuk Pergi Bercuti!

ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: Teroka Dunia Safari! AirAsia X Bakal Terbang Ke Kenya, Afrika Mulai 15 November 2024

ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Bangunan Unik, Pantai - Ini Lima Tarikan Best Di Barcelona, Siap Jadi Lokasi Penggambaran Filem!

ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini

ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran FKRK bagi mempromosikan aktiviti kebudayaan tempatan sebagai satu produk pelancongan selain sebagai usaha menjadikan Kelantan sebagai negeri yang masih terpelihara dengan kesenian tradisional.

"Festival selama tiga hari ini mendapat kerjasama daripada 45 jabatan persekutuan dan negeri dengan pelbagai pengisian menarik," katanya.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Kredit foto: Expedia Malaysia

#Kelantan #Travelmana
;