Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#TravelMana: Perth Buka Sempadan Untuk Pelancong Malaysia, Ini 4 Tarikan Terbaharu Di Western Australia Untuk Dilawati

Azwa Rahman 28/05/2022 | 07:01 MYT

Penggemar destinasi luar negara pasti mencari-cari lokasi untuk bercuti tidak lama lagi. Jika masih ragu memilih negara yang ingin dituju, Western Australia sudah membuka sempadannya untuk negara luar termasuklah Malaysia!

Dengan hanya lima jam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Perth, trip ke Western Australia pasti mengujakan dan memberi pengalaman yang cukup menarik.
Apa empat aktiviti baharu dan menarik yang boleh anda buat di Western Australia, jom Gempak Senaraikan:
1. Pengalaman ledakan adrenalin di Matagarup Zip + Climb
Jambatan Matagarup yang terletak di Perth ini menghubungkan Perth timur dengan stadium Optus yang merupakan pusat bagi banyak lagi tarikan pelancongan. Pegunjung boleh memanjat 314 anak tangga untuk sampai ke jambatan setinggi 72 meter dengan platform sky view.
Bagi yang sukakan cabaran, anda boleh pergi ke pelantar pelancaran jambatan, bersantai dari ketinggian 35 meter di atas Sungai Swan dan cuba aktiviti zip-line berketinggian 400 meter merentasi sungai ke pelantar pendaratan di Taman Burswood.
2. Jangan lupa pemandangan indah di The Ozone, Stadium Optus
The Ozone merupakan destinasi wajib tuju yang menawarkan jelajah stadium Optus. Kawasan rooftopnya menawarkan pemandangan keseluruhan stadium dimana pengunjung perlu memanjat 78 anak tangga.
Selain itu, pengunjung boleh berjalan di sepanjang platform yang baharu dibina dikenali sebagai Vertigo di tepi bangunan stadium. Pengalaman baharu ini membolehkan pengunjung bersandar pada platform tanpa rel menghadap padang stadium.
3. Melawat Muzium Boola Bardip
Terletak di Pusat Kebudayaan Perth, Muzium Boola Bardip adalah satu bangunan mercu yang mempamerkan gaya hidup terbaik masyarakat di Western Australia.
Reka bentuk dramatik bangunan itu menggabungkan gabungan warisan dan seni bina kontemporari yang menakjubkan, mengambil inspirasi daripada pembentukan tanah ikonik negeri tersebut.
4. Bersantai sambil BBQ di Sea West
Menyelusuri laut marina dan Terusan Venetian di Mandurah dengan menaiki bot elektrik berbentuk donut yang cukup popular di Western Australia. Sambil bersantai di atas kapal, anda boleh menikmati matahari terbenam dan menikmati BBQ.
Sepanjang terusan tersebut, anda akan melalui beberapa restoran urban, bar yang trendy serta kolam ikan lumba-lumba yang sangat menghiburkan.
Dengan lima penerbangan terus dari Kuala Lumpur terus ke Perth, jangan lupa jadikan Western Australia sebagai salah satu destinasi bucketlist anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.westernaustralia.com.

#Travelmana #Perth, Australia #Tourism Western Australia #Travel Western Australia
;