Laman Utama

#TravelMana: Tak Perlu Kuarantin, New Zealand Buka Sempadan Untuk Pelancong Malaysia! Ini 3 Aktiviti Wajib Cuba

Azwa Rahman
06/08/2022
03:57 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Tak Perlu Kuarantin, New Zealand Buka Sempadan Untuk Pelancong Malaysia! Ini 3 Aktiviti Wajib Cuba
New Zealand sudah membuka sempadan negara sepenuhnya bermula 1 Ogos yang lalu. Ia merupakan pembukaan kali pertama selepas penutupan ekoran COVID-19 yang berlaku sejak Mac 2020.
Proses membuka semula sempadan berakhir malam tadi dengan pelawat memerlukan visa dan mereka yang mempunyai visa pelajar kini juga dibenarkan pulang ke New Zealand.
New Zealand kini turut membenarkan kapal persiaran dan kapal layar rekreasi asing berlabuh di pelabuhannya.

Jalani dua ujian saringan, tak perlu kuarantin

Kebanyakan pelawat yang tiba di New Zealand masih perlu menerima vaksin dan mesti menjalani dua ujian saringan COVID-19 sebaik tiba namun tidak perlu menjalani kuarantin.
Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern ketika berucap di Sidang Kemuncak Perniagaan China di Auckland pada Isnin berkata, pembukaan sempadan peringkat akhir adalah saat yang sangat besar.
“Ia adalah proses berperingkat dan pihak kami perlu berhati-hati melakukannya sejak Februari kerana kami bersama-sama seluruh dunia terus menguruskan wabak global dan memastikan rakyat selamat,” katanya.
Tiga aktiviti yang wajib anda buat ketika berkunjung ke New Zealand
1. Mendalami budaya Maori
Selami budaya dan layanan mesra kaun Maori di Rotorua, sebuahpusat budaya di New Zealand. Jangan ketinggalan berkunjung ke kampung Maori asli zaman pra-Eropah untuk menyaksikan sendiri persembahan budaya yang mengasikkan.
2. Belayar di Milford Sound
Dari bandar Queenstown atau Te Anau, nikmati pelayaran menaiki kapal persiaran di sekitar Milford Sound, air terjun yang indah di puncak yang dilitupi salji. Anda juga boleh menyaksikan sendiri ‘8 keajaiban dunia’ dengan melakukan aktiviti kayak serta menaiki bot pada waktu malam.
3. Penggembaraan di bandar Queenstown
Queenstown adalah kawasan yang cukup sempurna untuk penggembaraan bersama teman atau pasangan. Rasai pengalaman menaiki bot, menyelurusi sungai, berbasikal di sekitar bandar dan apa salahnya berurut di spa mewah di sana.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar