Laman Utama

#TravelMana: Tak Sabar! Gedung Buku Tercantik Jepun, Tsutaya Books Akan Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Azwa Rahman
07/01/2022
12:10 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Tak Sabar! Gedung Buku Tercantik Jepun, Tsutaya Books Akan Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil
Peminat buku tak kira peringkat umur mesti tak sabar nak berkunjung ke gedung buku terkenal di Jepun, Tsutaya, yang akan membuka cawangan pertamanya di Malaysia.
Lokasi yang akan menjadi tarikan terbaru kaki buku dan penggemar gaya hidup ini akan dibuka ni pusat membeli-belah Pavilion, Bukit Jalil pada April ini.
Mendapat jolokan 'gedung buku tercantik di dunia', Tsutaya Books ini mempunyai harapan untuk menginspirasi dan mengubah gaya hidup menerusi konsep gedungnya - 'Cultivate Culture & Lifestyle' (Memupuk Budaya dan Gaya Hidup).
Konsep ini bermakna, gedung ini menawarkan lokasi yang lebih daripada sekadar tempat membeli buku.
Ruang seluas 31,000 kaki per segi itu meliputi kedai buku, kafe, ruang cenderamata khas, dan kawasan aktiviti yang dibangunkan untuk memberi ruang istirahat dan inspirasi bagi komuniti.
Tsutaya Books membawa personaliti tersendiri di setiap cawangannya di mana setiap gedung direka dengan konsep yanv berbeza-beza di T-Site di Daikanyama, Shibuya dan Ginza Six di Tokyo.
Sejak itu, kedua-dua ‘TSUTAYA’ dan Tsutaya Books menjadi platform budaya pop Jepun yang menyeluruh, dan beroperasi di lebih 1,400 cawangan di seluruh dunia.
Menurut Ketua Tsutaya Books Malaysia, Hideyuki Uemoto, mereka sudah tidak sabar untuk rakyat Malaysia merasai pengalaman seperti berada di negara Jepun.
“Kami tidak sabar untuk melancarkan kedai buku kami yang pertama di Asia Tenggara di Pavilion Bukit Jalil, dan kami tidak sabar untuk rakyat Malaysia merasai pengalaman ini buat kali pertama.
"Selari dengan visi kami untuk memupuk budaya dan gaya hidup, kami berharap dapat mencipta ruang buat keluarga dan kanak-kanak yang mencintai buku, rekaan, dan seni untuk membesar, meneroka dan membangun bersama di Tsutaya Books,"
Pencinta buku pasti akan teruja dengan pelbagai koleksi bahan sastera yang ada di sini. Namun jika baru mahu menceburkan diri dalam dunia bacaan, ada kakitangan pakar yang akan memberikan cadangan dan bantuan peribadi dalam genre yang anda minati.
Lebih menarik lagi, untuk keselesaan ibu bapa, anak-anak boleh ditinggalkan di ruangan khusus untuk menggalakkan mereka membaca.
Turut disediakan, pelbagai pilihan buku yang disusun atur di rak buku yang rendah bagi pembaca muda.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar