Laman Utama
Tren Brek Mengejut, Penumpang Cedera
Beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dilaporkan cedera dalam satu kejadian dipercayai akibat tren brek secara mengejut, hari ini.
Rapid KL menerusi laman Facebooknya berkata, berlaku satu insiden di laluan Kelana Jaya membabitkan dua buah tren.
Pihak Rapid Kl turut memohon maaf atas kejadian tersebut dan akan menyelesaikan secepat mungkin.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut.
“Berdasarkan laporan awal yang diterima, tren berkenaan telah brek mengejut dan bukan disebabkan pelanggaran.
“Beberapa penumpang telah terjatuh dan tercedera. Kita akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi K! Online.
Sementara itu Astro Awani melaporkan Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden.
"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan,” menurut sebuah kenyataan.