Laman Utama
“Tu Dia Pakai Spende Je Wei” - Pekerja Kedai Mamak Selamba Buat Kerja Hanya Berseluar Dalam!
Etika berpakaian ketika menguruskan premis menjual makanan barangkali menjadi satu hal yang paling diutamakan, apatah lagi jika melibatkan pelanggan dalam kapasiti yang besar.
Namun, lain pula kisahnya dengan seorang pekerja di sebuah premis makanan tempatan yang dirakam hanya berseluar dalam ketika sedang bekerja.
Menerusi rakaman yang viral itu, pekerja yang didakwa bekerja di sebuah kedai mamak di Pantai Johor, Alor Setar, Kedah berada dalam keadaan mencangkung, dengan bahagian belakangnya menghadap ke arah pandangan pelanggan.
Viral di platform X, ramai yang menzahirkan rasa kurang senang dengan insiden berkenaan.
Ada juga yang ingin memboikot daripada pergi ke kedai makanan yang tidak terjaga kebersihannya.
Sumber: Platform X