Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tuduhan Orang Ketiga Bukti Farid Kamil Tidak Kenal Diana Danielle - “Selepas Rasa Cinta Terhadap Awak Sudah Pudar, Hati Saya…”

Asyikin Mayudin 30/04/2023 | 00:54 MYT
Kemelut rumah tangga masih belum selesai, pelakon Diana Danielle tampil memberi bayangan mengenai suaminya iaitu aktor Farid Kamil langsung tidak mengenali dirinya.

Ia berikutan sebelum ini Farid pernah mendakwa bahawa rumah tangga mereka pernah diganggu oleh pihak ketiga.

Bagaimanapun Diana menegaskan rasa cinta yang sudah pudar membuatkan dia tidak mampu menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan orang lain menghancurkan hatinya lagi.

"Jika awak fikir sejenak yang saya ada orang lain, itu adalah bukti asas awak tidak mengenali saya dengan baik.

"Selepas rasa cinta terhadap awak sudah pudar, hati saya tidak boleh lagi menanggung untuk membiarkan orang lain menghancurkannya," katanya menerusi Instastory.

Pada 12 April lalu, Farid sudah membuat permohonan maaf kepada Diana susulan dakwaan wujud orang ketiga sehingga isterinya itu sanggup memfailkan cerai awal Mac lalu.

Permohonan maaf itu bukan sahaja kepada Diana tetapi ibu mentuanya iaitu Norsiah Ramli.

Keretakan perkahwinan pasangan ini masih belum menemui jalan penyelesaian apabila pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih ada perasaan sayang.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

#Diana Danielle #Farid Kamil #Diana #Farid #Diana Farid
;