Laman Utama
Tuduhan Rogol Pembantu Rumah: ADUN Tronoh, Paul Yong Didapati Bersalah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu pagi ini.
Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan kerana berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
Pertuduhan terhadap Paul Yong dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.