Laman Utama

“Tugas Mapim & Saya Bukan Sekadar Meringankan Beban Tetapi Mahu Melihat Senyuman” – Zizan Razak

Fiza Kamarudin
09/07/2021
06:34 MYT
Sponsor Banner
“Tugas Mapim & Saya Bukan Sekadar Meringankan Beban Tetapi Mahu Melihat Senyuman” – Zizan Razak
Pelakon, pengacara dan pelawan Zizan Razak mengakui berdepan cabaran apabila bergelar sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Terbaru, Zizan menyertai misi bantuan ihsan Mapim ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu.
Zizan bersama 12 lagi aktivis Mapim berangkat ke Terengganu semalam (Khamis) dengan membawa 12 tan bantuan berupa lebih 1,000 kotak makanan, 500 set lampin, 500 set susu bayi serta pelbagai sumbangan lain.
“Cabaran kami bermula harini. Tugas @mapimofficial dan Zizan bukan sekadar meringankan mereka yang memerlukan juga dengan harapan senyuman dari mereka.
“Dan Zizan menyeru pada Malaysia untuk hulurkan sumbangan bersama doa supaya segalanya berjalan dengan lancar.
“Sasaran dana diperlukan untuk penerusan kerja bantuan dan khidmat percuma, MAPIM perlukan sumbangan 2 juta ringgit untuk bantuan dalam negara.
“Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi Akaun Maybank 562263540066, atas nama TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM,” kongsinya di Instagram (IG).
Zizan berkata, ini kali pertama dia menyertai misi seumpama itu bersama Mapim dan teruja apatah lagi ia melibatkan negeri kelahirannya.
“Ini sebenarnya kali pertama saya menyertai misi anjuran Mapim dan secara kebetulan pula melibatkan penduduk miskin yang tinggal dua pulau terpencil di negeri asal saya.
“Saya akan berada di sana selama tiga hari di setiap pulau itu dan cuba sebaik mungkin untuk mendekati penduduk dan mendengar masalah mereka,” katanya.
Misi khas yang dinamakan sebagai Panggilan Pulau itu turut mendapat kerjasama erat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dan kerajaan negeri berkenaan.
Majlis pelancaran konvoi misi tersebut dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, di Kompleks Islam Putrajaya, pada Khamis.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar