Hiburan
Tulang Leher Adam Lee Patah, Ingat Pesan Ibu Untuk Terus Kuat - “Ini Bukan Lakonan, Ini Kejadian Sebenar”
Pelakon Adam Lee mengalami kecederaan di bahagian leher yang dilaporkan patah namun tidak mengulas lebih lanjut mengenai kejadian menimpa dirinya.
Ingat pesan ibu
Adam menerusi perkongsian di Instagram bagaimanapun berharap tahun hadapan menjadi lebih baik selain akan terus kuat seperti mana pesanan ibunya.
“Tulang leher crack / patah pula, adoi. Tak apa semoga tahun 2025 akan lebih baik dari tahun ini. Get well soon dear self.
“Ingat pesan ibu, kau kuat Dam dan kau kena kuat. Alhamdulillah untuk semua ini,” kongsi Adam Lee.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”
Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mendoakan agar suami kepada pelakon Sweet Qismina itu diberikan kesembuhan cepat.
Namun ada juga antara mereka yang beranggapan pelakon filem Babah itu sedang melakonkan watak berada dalam hospital.
Kejadian sebenar
Pelakon berusia 30 tahun itu menjelaskan kecederaan yang dialaminya itu bukan lakonan sebaliknya ia sememangnya kejadian sebenar.
“Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh ya (Ini bukan lakonan, ini kejadian sebenar),” katanya.