Berita

Tulang Pipi Terbonjol, Bibir Bengkak, Wajah Terkini The Weeknd Dilabel Menyeramkan. Apa Dah Jadi?

Maliah Surip
07/01/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
Tulang Pipi Terbonjol, Bibir Bengkak, Wajah Terkini The Weeknd Dilabel Menyeramkan. Apa Dah Jadi?
Penyanyi The Weeknd mengejutkan dunia Hollywood dan peminat dengan penampilan baharunya.
Dia yang beberapa bulan kebelakangan ini tampil dengan wajah penuh balutan akhirnya menunjukkan wajah terkininya pada awal tahun 2021.
Penampilan itu dipertontonkan melalui muzik video terkininya, Save Your Tears.
Sebaik melihat wajahnya, banyak orang terkejut. Bukan makin hensem, tapi wajah The Weeknd kelihatan cukup pelik dan menyeramkan!
Selain tulang pipi kelihatan terkeluar, bibir yang lebih tebal, hidung penyanyi berusia 30 tahun ini juga telah membuat peminatnya terkejut dengan penampilan yang jauh lebih buruk dari wajah asalnya.
Ada peminat yang menulis ciapan di Twitter bahawa wajah terkini The Weeknd adalah hasil pembedahan plastik yang gagal.
Namun, bekas kekasih Selena Gomez dan Gigi Hadid ini nampaknya tidak terkesan dengan komentar dan kecaman netizen.
The Weeknd sebaliknya seperti berbangga dan berpuas hati dengan wajah baharunya yang pelik ini apabila tak segan memuat naik gambar di akaun Instagramnya, semalam.
Bersama wajah baharunya, The Weeknd menyapa lebih 27 juta pengikut di Instagramnya, @theweeknd dengan menulis: "Hello Ken, where's Barbie."
Pada Ogos tahun lalu, penyanyi R&B ini mengejutkan peminat apabila tampil di atas pentas MTV Video Music Awards dengan wajahnya yang berdarah.
Dua bulan kemudian, pemilik nama asal Abel Makkonen Tesfaye ini memakai pembalut pada bahagian mukanya sewaktu muncul di American Music Award.
Dan kini, melalui muzik video Save Your Tears yang dirilis pada 5 Januari 2021, The Weeknd tampil yakin dengan wajah baharunya yang cukup berbeza dengan didakwa telah mempunyai filler pada bahagian pipi dan bibir hasil dari pembedahan plastik yang cukup ekstrem.
Instagram: @theweeknd
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar