Laman Utama

Tular Dakwaan Nora Ariffin Kahwini Annuar Musa, Anak Sulung Tampil Bersuara!

Amri Hassan
28/04/2021
23:45 MYT
Sponsor Banner
Tular Dakwaan Nora Ariffin Kahwini Annuar Musa, Anak Sulung Tampil Bersuara!
Media sosial Twitter kecoh apabila penyanyi bersuara lunak Datuk Nora Ariffin didakwa telah 'dimiliki' Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Menerusi ciapan seorang pengguna pada petang Rabu, ucapan tahniah diberikan kepada kedua-dua figura itu dengan menampilkan wajah mereka di Twitter.
"Tahniah @AnnuarMusa kerana memiliki 'Datuk' yang istimewa. Dah berkepak kepak kabom. Patut garang bebenor sekarang. I like... hurmmm... Aummmm...!!!" demikian ciapan pengguna itu.
Bagaimanapun, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan tampil menjawab tuduhan terbabit menerusi medium sama.
"Kepada semua peguam, ini dianggap satu FITNAH? Baru bertanya kepada seorang ahli keluarga saya.
"Jika pengguna itu menyatakan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah berkahwin dengan Datuk Nora, tolong kemukakan bukti atau memang kerja dia reka fitnah murahan," tulisnya.
Tegas Syakir Iman, dia mengenali ibunya dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular itu.
"Guys okay jika kamu tidak kenal siapa ibu saya tetapi kenapa saya perlu berbohong mengenai perkara tersebut kan?
"Ia memang tidak benar. lol," tambahnya.
Di akaun Twitter individu itu pun Syakir Iman tampil menjawab semua persoalan netizen berkenaan kesahihan berita tersebut.
"Ini fitnah semata-mata pak cik. YB Annuar bukan bapa tiri saya.
"Tak perlu ambil serius bila yang tweet pun macam tak boleh pakai je," katanya lagi.
Gempak cuba mendapatkan maklum balas daripada Nora sendiri berhubung perkara tersebut.
Sumber: Twitter
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar