Laman Utama
Tular Video Buka Tudung & Berparti, Ini Kata Mia Sara - "Saya Terima Dengan Hati Terbuka"
Pelakon Mia Sara akhirnya menafikan dakwaan gosip membuka tudung dan berparti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah dirinya.
Mia atau pemilik nama penuh Mia Sara Nasuha,17, berkata kepada HLive, dia mengambil pendekatan untuk tidak mudah melatah dan menyerahkan kepada masyrakat untuk menilai.
"Di zaman sosial media, fitnah dan gosip sebegini biasa berlaku. Orang boleh je letakkan gambar sesuka hati.
"Di sini saya menegaskan gambar dan video yang tular itu bukan saya, tapi terpulang sama ada hendak percaya atau tidak.
"Saya sendiri terkejut tidak tahu dari mana sumber cerita itu. Saya terima dengan hati terbuka kerana kalau saya komen lebih-lebih nampak seperti saya yang bersalah," kata Mia
Sementara itu, bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan turut berharap kontroversi yang melanda anaknya itu juga akan menemui titik noktah.
"Pada mulanya memang saya memberikan ruang buat Mia untuk membuat kenyataan namun lain pula jadinye. Oleh itu saya terpaksa mengambil pendekatan untuk bersuara bagi pihaknya.
"Gambar dan video yang tersebar itu bukan Mia. Saya harap hentikan spekulasi dan fitnah. Apatah lagi, kita kini berada dalam bulan Ramadan," katanya.
Baru-baru ini, tular klip video membabitkan seorang artis wanita didakwa bertudung yang membuka tudungnya dan berparti sakan.
Sumber: HLive