Tular Video Lelaki Mahu Keluar Agama, Netizen Harap Dapat Bimbingan - “Dia Nampak Lost, Semoga Diberi Hidayah”
Dakwa Mahu Keluar Agama
Menerusi video yang tular itu, individu lelaki tersebut mendakwa dia mahu keluar dari agama Islam dan tidak mempunyai pegangan agama lagi.
“Aku nak keluar dari Islam. Aku bukan Islam dah. Aku tak ada agama,” dakwanya.
Pengakuan tersebut dibuat individu itu ketika dia membuat siaran langsung (Live) di TikTok.
Penat Hadap Ujian Seorang Diri
Dakwa individu itu, dia sudah penat berdepan dengan pelbagai ujian sejak dari kecil lagi.
“Aku dari kecil sampai besar Allah uji aku, itu bukan uji tau, hidup aku macam ini, aku senyum cuma nak sedapkan hati korang,” dakwanya lagi.
Terkejut dengan pengakuan tersebut, rata-rata penonton mempersoalkan tindakan individu tersebut yang secara tiba-tiba.
Nafi Keluar Agama
Susulan daripada itu, timbul sebuah lagi video yang memaparkan individu tersebut tampil memberi penjelasan terhadap video yang tular sebelum itu.
“Bila masa aku keluar Islam? Tak ada keluar Islam.
Dalam video tersebut, individu tersebut turut mendakwa dia mencederakan dirinya dengan menoreh bahagian dahinya dengan objek tajam.
Netizen Doa Semoga Dapat Bimbingan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen mendoakan agar individu tersebut diberikan bimbingan oleh orang terdekat.
"Harap adalah orang baik support dia untukmback to Islam balik," komen netizen.
"Mana yang rapat tu pergila jenguk-jenguk," tulis netizen lain.
"Jangan lah kita kecam dia atau hina orang macam ni. Orang dari broken family ni pedih dia diri sendiri je tahu. Kita doakan semoga dipermudahkan urusan abang ni," tulis netizen lagi.
"Ya Allah, kuatkan iman dia dan datangkanlah orang yang baik baik. Aaminn," doa seorang netizen.