Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tular Video Mirip Pelawak Popular Berurusan Jual Beli ‘Barang’ Tapi Netizen Kata: “Staged. Tak Real Doh!”

Fiza Kamarudin 05/08/2021 | 17:54 MYT
Lagi berita panas melibatkan pelawak! Malam tadi kecoh di media sosial Twitter apabila nama seorang pelawak popular dikaitkan dalam satu video sedang berurusan jual beli 'barang'.
Menerusi video tersebut, individu yang dikatakan mirip seorang pelawak dari kumpulan popular itu tiba-tiba berang apabila mengetahui dirinya sedang dirakam.
“Woi! Hang rakam apa?” jeritnya kepada perakam video dalam loghat utara sambil meluru keluar dari kereta jenis perodua Myvi.
Video tersebut telah dimuat naik seorang pengguna Twitter dan sudah ditonton lebih 25,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
“Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja dorang buat. Hari tu sorang jadi tauke ayam. Yang ini tak pasti lagi tauke sayur atau air batu.
“Gaya tangan waktu bagi barang tu nampak macam dah lama je berkecimpung,” tulis individu terbabit menerusi bebenang di Twitter.
Rata-rata komen yang ditinggalkan mendakwa individu tersebut sebagai pelawak terkenal selepas mendengar suara, loghat dan fizikalnya.
Bagaimanapun ada juga yang berpendapat, video tersebut adalah gimik semata-mata.
“Tak real siak. Nampak sangat berlakon!”, komen seorang pengguna Twitter.
“Gimik je ni, nanti keluar la movie baru **** ,” tulis seorang lagi.
“Staged. Amende pass barang jauh-jauh macam tu. Nampak nau memang nak bagi nampak satu alam,” kata yang lain pula.
Ada juga yang mendakwa video tersebut sengaja ditularkan untuk tujuan pemasaran sebelum individu didakwa mirip pelawak itu mengeluarkan produk baharunya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Kantoi Jual Beli Barang #Pelawak Buat Hal Lagi
;