Viral
Tular Video Pelampung Permainan Gelongsor Air Kaca Di Shah Alam Tersekat & Berlanggar, Staff Berjalan Atas Kaca Buat Ramai Seram - “Safety Tah Kemana”
Tular di media sosial kini insiden seorang pengunjung cedera ditimpa pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema terkenal di Shah Alam baru-baru ini.
Pelampung Tersekat & Berlanggar
Terbaharu, tular sebuah rakaman video yang memaparkan detik beberapa pengunjung menaiki permainan tersebut.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah pengunjung berdepan masalah apabila pelampung yang dinaiki mereka tersekat sebaik sahaja ia dilepaskan.
Rakaman berdurasi 26 saat itu memaparkan pengunjung lain turut berdepan masalah sama iaitu tersekat ketika gelongsor tersebut melalui selekoh.
Lebih menyeramkan, pengunjung yang menaiki pelampung tersebut turut menerima impak apabila pelampung berlanggar dengan pelampung pengunjung lain ketika berdepan masalah tersebut.
Momen tersebut turut merakam seorang petugas permainan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan berjalan di atas laluan permainan gelongsor air kaca itu.
“Nasiblah dah tutup, tengok pun tahu dengan banyak masalah. Safety tah kemana,” tulis perkongsian tersebut.
undefined
Tahap Keselamatan Dipersoal
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan permainan tersebut yang disifatkan sangat bahaya.
“Aku yang anxiety tengok staff tu berjalan. Otak dia paras lutut je,” tulis netizen.
“Weh tak ada body harness pun bahaya betul,” komen netizen lain.
“Serius la penghadang dia aras paras lutut staff tu je, kalau tergelincir camner la kan,” tulis netizen bimbang.
“Kalau pekerja tu tergelincir macam mana? dah la kaca, air mengalir pula tu,” komen netizen.
“Tengok part dia kena langgar tu, rasa stop sekejap jantung aku,” tulis netizen lagi.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh di sebuah taman tema di Seksyen 7, Shah Alam pada malam 29 Januari lalu.
Susulan itu, Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit antara lain membabitkan isu keselamatan sebelum tarikan terbaharu taman tema itu dibenarkan beroperasi semula.