Laman Utama

Tulus Titip Pesan Buat Tahun 2023: “Semoga Makin Banyak Yang Sihat Jiwa”

Maliah Surip
02/01/2023
13:44 MYT
Sponsor Banner
Tulus Titip Pesan Buat Tahun 2023: “Semoga Makin Banyak Yang Sihat Jiwa”
Penyanyi Tulus menjadi salah seorang pemuzik yang terlibat dalam acara sempena menyambut tahun baru 2023, baru-baru ini.
Dia yang mendendangkan banyak hit termasuk Manusia Kuat dan Ruang Sendiri juga sempat meninggalkan pesan buat seluruh peminatnya.
Tidak menyampaikan pesan secara spesifik, tapi Tulus yang sedar kebelakangan ini banyak manusia berhadapan cabaran masalah kesihatan mental mahu melihat 2023 menjadi tahun yang lebih baik buat semua.
“Selamat malam tahun baru, semoga tahun baru ini makin baik buat kita. Selalu bahagia, selalu tenteram hidupnya.
“Harapan saya semoga lebih banyak orang yang sihat jiwa dan raganya,” kata Tulus acara JIEXPO New Year ReSOULution di JIEXPO Convention and Theater Center, Kemayoran, Jakarta Pusat, lapor Kompas.com.
Kelak, penyanyi yang merangkul pelbagai anugerah lewat lagu barunya, Hati Hati Di Jalan ini segera bertemu peminat di Malaysia pada 6 Januari.
Dia akan bertemu dan kembali mengubat rindu peminat lewat konsert sulung di Malaysia iaitu di Fabulous Friday Presents Tulus di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar