Laman Utama

"Tumpang Malu & Segan ..." - Catriona Ross Kritik Perangai Wanita Menggeletis Ketika Live Haze & Jejaka Palestin

Gempak
02/11/2023
15:55 MYT
Sponsor Banner
"Tumpang Malu & Segan ..." - Catriona Ross Kritik Perangai Wanita Menggeletis Ketika Live Haze & Jejaka Palestin
Pelakon Catriona Ross, meluahkan rasa kecewa dengan perangai segelintir wanita yang bersikap tidak matang semasa sesi siaran langsung Hazeman Huzair bersama seorang jejaka Palestin.
Menerusi komen yang ditinggalkan oleh Catriona di Instagram milik Haze, pelakon berusia 43 tahun itu mengungkapkan rasa malu apabila wanita-wanita yang sudah berusia dan berkeluarga bersifat tidak sopan semasa topik sensitif sedang dibincangkan.
“Tumpang malu dan segan bila Haze tegur tentang perkara tersebut. Kalau budak-budak boleh kita maafkan tapi yang dah berumur, dah matang ada keluarga, awak semua kenapa eh?
“Saya sambung tengok sampai habis dan sampai Haze tutup komen. Apalah diorang ni,” tulis Catriona.
Dalam pada itu, Haze turut mengkritik golongan wanita yang disifatkan seperti hilang pedoman menerusi ruangan kapsyen Instagram.
“Aku buka komen tu untuk pandangan dan soalan bernas. Tapi yang muncul adalah komen wanita-wanita gelenyar dan garik seolah-olah tak pernah nampak jantan dalam hidup.
“Maaf kata, kalau nak jadi bidadari syurga, tolong bersikap seperti seseorang yang nak ke syurga. Dan bukan tinggalkan komen seperti wanita tidak beragama tanpa pedoman,” tulis Haze.
Sekadar info, Haze bersama seorang jejaka Palestin telah menjalankan satu sesi siaran langsung di satu aplikasi media sosial bagi membincangkan tentang konflik yang berlaku di negara tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar