Laman Utama
Tun Mahathir Positif COVID-19, Kini Dirawat Di IJN
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan COVID-19 pagi ini.
Dalam satu kenyataan ringkas oleh pejabat beliau di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Langkawi itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari.
Kenyataan Pejabat Dr Mahathir itu turut menyebut bahawa tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau.
KENYATAANYABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad disahkan positif Covid-19 pagi ini.Dr Mahathir telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan.PEJABAT DR MAHATHIR BIN MOHAMAD31 Ogos 2022 pic.twitter.com/b2tgrpoaCQ— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 31, 2022
Must-Watch Video