Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tunai Haji, Lisdawati Sempat Titip Pesanan Pada Fauzi Nawawi - "Jaga Anak-Anak, Jaga...."

Syafiqah Jalal 23/05/2023 | 03:25 MYT
Pelakon Lisdawati, 45, selamat berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji semalam.
Menerusi kemas kini suaminya, Fauzi Nawawi, 51, di Instagram, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan ibadah suci itu.
Dalam video yang dimuat naik itu juga, Lisdawati sempat menitipkan pesanan buat Fauzi.
"Jaga anak-anak, jaga rumah, rajin-rajin, nanti saya kemas rumah, masak," pesannya ringkas.
Fauzi yang mendengar pesanan itu terdiam seketika dan kelihatan seperti sebak hanya menjawab, baik.
Menerusi hantaran yang sama juga Fauzi menyertakan kapsyen dalam bentuk doa buat isteri tersayang.
"Ya Allah, peliharalah dia untuk ku.. berkatilah perjalanannya, rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardhu haji untuknya..
"Aku serahkan segalanya padamu Ya Allah..@lisdawati15 Selamat jalan sayangku," tulisnya.
Sementara itu, Lisdawati di Instagramnya pula menyifatkan perjalanannya masih jauh dan perjuangan belum selesai.
"Perjalanan yang jauh.. perjuangan masih belum selesai. Sentiasa doakan yang terbaik sesama kita.
"Mati itu pasti.. kita je yang tak tahu lagi..selagi nafas belum terhenti.. tetapkan hati..Cari iman sebelum mati.
"Semoga semua yang membaca ruang ini akan dijemput menjadi tetamu-Nya nanti. Assalammualaikum semua," tulisnya.
Menerusi hantaran dibuat itu, ramai rakan selebriti dan warga maya mendoakan keselamatan Lisdawati di Tanah Suci dan semoga dia memperoleh haji yang mabrur.
Begitu juga, ucapan tahniah turut diberikan kerana dipilih menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.
"Selamat menunaikan haji, semoga mabrur. Tahniah," tulis pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau.
"Moga dipermudahkan perjalanan, selamat pergi dan selamat kembali, semoga mendapat haji yang mabrur," tulis salah seorang netizen.
"Alahai sedihnya muzik dan kata-kata Kak Lis. Abang Fauzi tahan sedih je kan," tulis salah seorang wargamaya.
Pasangan Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata
iaitu perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 15, Nur Aina Fazneesya,14, Ahmad Nur Fyrdaus, 9, dan Ahmad Nur Fayyadh, 4.
Lisdawati juga mempunyai empat anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 28, Fareez Hazwan, 26, Nurul Hana Farisya, 24, dan Mohd Fikri Hakimi, 21.
#Fauzi Nawawi #Haji #Lisdawati #Pesan #Titip #Tunai
;