Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tunai Hasrat Selepas Tamatkan Tugas, Fara Fauzana Enggan Dilabel Sebagai....

Kamaruddin Razal 01/07/2019 | 05:37 MYT
Semenjak mengundurkan diri dari dunia penyiaran radio pada Februari 2016, selebriti serba boleh, Fara Fauzana kerap menyertai aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Mesra disapa dengan panggilan Fafau, wanita berusia 39 tahun ini sering melibatkan diri serta menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti untuk tujuan yang baik.
"Alhamdulillah, memang menjadi hasrat dan impian saya untuk memberikan lebih masa bagi melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan, kemasyarakatan serta kemanusiaan semenjak mengundurkan diri dari bidang radio pada 2016.
"Selepas menamatkan tugas sebagai penyampai radio, saya memang mahu aktif dalam bidang ini.
"Sedikit sebanyak, saya dapat menolong mana yang termampu. Sejujurnya, pengalaman melibatkan diri dalam kerja-kerja amal seperti ini banyak membuka mata saya," katanya.
Biarpun sering melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti positif, Fafau enggan dilabel sebagai aktivis kerana gelaran itu berat untuk dipikul.
"Bagi saya, gelaran aktivis itu satu tanggungjawab yang berat dan belum boleh saya galas. Saya hanya sekadar sukarelawan sahaja.
"Saya memang gemar melibatkan diri dalam kerja amal seperti aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan tetapi saya setakat menolong mana yang termampu dan jika saya ada masa lapang sahaja.
"Saya sendiri kagum melihat Mizz Nina dan Heliza Helmi yang memang betul-betul meletakkan komitmen tinggi terhadap kerja yang melibatkan aktiviti kemanusiaan. Mereka lebih layak bergelar aktivis atau ikon dalam bidang ini," katanya lagi.

Alhamdulillah Press Conference yang diadakan siang tadi berjalan dengan lancar dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada @maya_karin, @therealfafau, @andibernadee dan Adam kerana telah sudi menyertai YOKUK Karnival 2019 dan juga pertandingan Wheel with Me pada July nanti. Mereka dah daftar, how about you? Untuk berdaftar, sila layari www.bit.ly/wheelwithme. Jangan terlambat dan jumpa di sana! . . #myyokuk #YOKUKKarnival2019

A post shared by YOKUK (@myyokuk) on

Fafau ditemui di sidang media YOKUK20 Karnival 2019 anjuran Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan yang diadakan baru-baru ini.
Bakal diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Julai ini, Fafau bersama dua selebriti lain, Maya Karin dan Andi Bernadee akan menyertai perlumbaan kerusi roda 'Wheel With Me' sempena penganjuran karnival terbabit.
#Fara Fauzana #Fafau
;