Laman Utama
Tunjuk Simpati Pelajar Dihantar Naik Motosikal Ke Kem SPM, Individu Diserang Wargamaya - "Ada Lagi Mentaliti Kenderaan Pengukur Kehidupan"
"Kenderaan bukanlah ukuran kebahagiaan," itulah kata-kata yang diberi oleh netizen kepada satu individu yang memuat naik video menunjukkan rasa kasihan terhadap seorang pelajar hanya kerana dia dihantar oleh ayahnya menaiki motosikal ke Hotel untuk Kem SPM 2023.
Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat pelajar-pelajar lain yang pergi ke kem berkenaan dihantar oleh ibu bapa mereka menaiki kereta kecuali seorang pelajar wanita yang membuatkan individu itu berasa simpati dengan nasibnya.
"Semua datang berkereta, part yang last tu paling sedih naik motor, sedih aku tengok siap ayah cium, peluk anak dia," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BERITA TRENDING: Remaja 13 Tahun Cuba Tikam Pemandu E-Hailing, Netizen Suarakan Rasa Bimbang! - "Nasib Baik Pakai...
"Kenapa nak sedihkan? Adik tu tak sedih pun. Janganlah sikit-sikit nampak hal macam ni terus rasa sedih bagaikan ia satu hal yang malang untuk adik tu,"
"Apa nak sedih? Pelik mentaliti, dia bawak motor tapi duit berkepuk pun kau tak tahu,"
"Ada lagi zaman sekarang mentaliti kenderaan pengukur sebuah kehidupan."
Sumber: Platform X