Tunjuk Solidariti Buat Palestin Di Majlis Graduasi Di NYU, Netizen Bangga Dengan Anak PMX
Sepotong video anak bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Hana yang memakai keffiyeh ketika majlis graduasinya di New York University (NYU), Amerika Syarikat berjaya mendapat perhatian ramai.
Pegang kain rentang Free Palestine
Menerusi hantaran video yang dikongsi di Platform X Perdana Menteri, dapat dilihat Nurul Hana memakai keffiyeh bersama ‘topi mortarboard’ ketika menaiki pentas graduasi sambil memegang kain rentang yang bertulis ‘Free Palestine.
“Sekalung tahniah buat anak bongsu saya Nurul Hana yang bergraduasi dari New York University (NYU).
“Hana juga nyatakan solidariti bersama rakyat Palestin,” tulis PMX pada ruangan kapsyen.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga dengan tindakan yang dilakukan Nurul Hana.
“Terbaik. Bak kata pepatah Bapa Borek Anak Rintik ikut kebijaksanaan bapanya.
“Wah, congrats DS dan sekeluarga. Steady ambil scroll sambil bersolidariti.
“Bangga dengannya, anda membesarkan seorang warganegara yang bertanggungjawab dalam dirinya Tuan PM Anwar,” komen beberapa netizen.