Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Tutup Kes? H*ll No!" - Dah Dapat Tarikh Bicara Mahkamah, Ramai Terus Sokong Puteri Sarah!

Shahrin Zulkifle 14/10/2022 | 03:00 MYT

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia tidak akan berdiam diri mengenai isu melibatkan seoarang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, di mana kes tersebut kini dalam proses pemerhatian pihak mahkamah.

Jelas Sarah,37, kes berkenaan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, namun itu bukan asbab untuk dia berdiam diri.

Sebaliknya, ibu kepada dua cahaya mata itu akan tetap melawan berhabis-habisan.

“Lawan tetap lawan. Tidak akan diam selagi yang bersalah tak ditangkap. Diam bukan bermakna kes dah tutup.

“Ramai yang tanyakan ? Tidak akan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan.

Slowly but surely. Kes mahkamah memang ambil masa yang lama.

“Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi tahun depan. Mahkamah syariah pula, akan datang, dan saya akan lawan untuk perkara itu,” katanya.

Sarah berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran terbaharu di Instagarm miliknya.

Malah dia turut memuat naik satu tangkap layar artikel daripada sebuah portal yang bertanyakan perkembangan kes yang dahadapinya itu.

Dalam pada itu, Sarah menegaskan dia tidak akan menutup kes tersebut sama sekali dan terus memohon doa orang ramai untuknya.

“Tutup kes? He*l no! Tidak akan! Doakan sarah.

“Keadilan akan terbongkar! Kita ada banyak saluran boleh pergi, Insya-Allah,” tambahnya.

Sementara itu, di ruangan balas, rata-rata netizen menyokong tindakan Sarah untuk terus mempertahankan dirinya.

Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, media melaporkan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar telah dipanggil ke pejabat Jawi.

Difahamkan, ia bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

#Puteri Sarah #Ira Kazar #Syamsul Yusoff
;