Laman Utama
Tutup Kilang Sambal Nyet 5 Hari, Khairul Aming Bawa Staf Bercuti Di Langkawi, Check-In Hotel 5 Bintang, Sewakan Kapal Layar… Netizen Berlumba Nak Hantar Resume
Pengusaha Sambal Nyet, Khairul Aming sekali lagi mencuit perhatian netizen apabila berkongsi video percutian bersama 60 orang kakitangan sambalnya selama lima hari ke Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Khairul Aming berkata, dia menutup kilang selama lima hari dan telah mengaturkan pelbagai aktiviti menarik khas untuk kakitangannya sepanjang percutian berkenaan.
“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa semua 60 orang staff bercuti di Pulau Langkawi. Macam-macam aktiviti kita buat. First bila dorang sampai kita bagi check in dulu. So kita pilih hotel 5 stars supaya dorang selesa berehat kat sana.
“Hari pertama bebas boleh buat aktiviti masing-masing. Esok tu aku buat surprise sediakan dua private yacht cruise untuk dorang tengok sunset. Cruise dorang tak campur orang luar so dorang boleh enjoy matahari terbenam sambil berenang tengah laut,” katanya sambil memberitahu yang setiap yacht dikhaskan masing-masing untuk lelaki dan wanita.
Selesai menikmati suasana matahari terbenam, Khairul Aming memberikan duit poket kepada kakitangannya untuk berbelanja pada malam hari.
“Malam pula sediakan duit poket untuk dorang shopping. Dorang boleh keluar nak beli chocolate ke apa ke.
“Next day bawa pergi aquarium, kemudian naik boat lagi, tengok paya bakau. Selain tu, dorang boleh snorkeling dan melakukan aktiviti memberi makan kepada burung helang,” katanya.
Sebelum menutup aktiviti percutian, Khairul Aming turut membawa kakitangannya itu menaiki kereta kabel selain makan malam bersama di sebuah restoran.
Meninjau ruangan ramai memuji sikap Khairul Aming yang sentiasa mengutamakan para pekerjanya.
Tidak kurang ada yang ingin bekerja dengan Khairul Aming dan mahu menghantar resume memohon pekerjaan kepadanya.
Untuk rekod, Sambal Nyet milik Khairul Aming sering menjadi buruan pengguna. Selain itu, video masakannya yang dihasilkan setiap kali tibanya bulan Ramadan juga sering dinantikan oleh para pengguna media sosial.