Viral

Tyra Kamaruzzaman Beri ‘Hint’ Bakal Nikah Pereka Fesyen - “Menghitung Hari, Jam, Minit…”

Asyikin Mayudin
14/02/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Tyra Kamaruzzaman Beri ‘Hint’ Bakal Nikah Pereka Fesyen - “Menghitung Hari, Jam, Minit…”
Seperti tidak merahsiakan, pempengaruh dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman memberi bayangan bakal melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat dengan lelaki pilihannya, Emran Rijal.
BERITA TRENDING : Tyra Kamaruzzaman Dedah Sebab Jatuh Cinta Dengan Emran - “Saya Secara Peribadi Suka…”
Menerusi perkongsian di TikTok, Tyra atau sebenarnya Athirah Kamaruzzaman berkongsi beberapa keping foto memperlihatkan dia sedang membuat persiapan menuju hari bahagianya.
Antara persiapan itu termasuklah menempah lokasi persandingan, membeli cincin, barang hantaran, busana nikah, dan dekorasi pelamin.
"Menghitung hari, jam, minit dan selamanya," tulisnya ringkas berserta emoji berbentuk cincin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja serta menitipkan doa agar segala urusan Tyra dan bakal suami dipermudahkan.
Terdahulu, timbul khabar angin apabila Tyra dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan Emran yang juga seorang pereka fesyen.
Hubungan Tyra dan Emran mula dihidu netizen sekitar September tahun lalu apabila mereka dilihat sering bersama.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar