Hiburan

Tyzo Jelaskan Kisah Sebenar Di Sebalik Kata-Kata: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini”

Izwan Isa
19/01/2024
13:25 MYT
Sponsor Banner
Tyzo Jelaskan Kisah Sebenar Di Sebalik Kata-Kata: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini”
Penyampai radio, Tyzo Xander memberi penjelasan terhadap kata-kata terakhir yang diucapkan untuk DJ Lin menerusi siaran langsung TikTok sebelum dia melangkah kaki meninggalkan posisinya sebagai penyampai radio Suria FM minggu lalu.
Tyzo menjelaskan, kata-kata tersebut merupakan lafaz kata yang keluar daripada mulutnya secara spontan dan ia dirakam kerana sesi siaran langsung yang diterbitkan di TikTok tidak sempat dimatikan.
“Saya tak pandai sangat live TikTok… kebetulan benda tu tak off lagi. Demi Allah… memang benda tu (kata-kata kepada DJ Lin) secara tak sengaja.
“Dan mungkin Tuhan berikan saya semangat untuk beritahu Kak Lin: ‘Terima kasih atas penganiayaan ini’.
“Saya tak sebut pun terima kasih Suria… Tiada. Dekat radio saya sebut yang sangat murni. Perkara itu berlaku secara spontan. Ia merupakan refleks atas seminggu lebih yang saya menahan rasa,” katanya.
Terdahulu, menerusi kenyataan media, khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan selepas lapan tahun bersama Suria FM.
Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.
Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.

BERITA TRENDING: Tyzo Akui Minta Kenaikan Gaji Sebanyak RM500, Tapi Nafi Dakwaan Tak Minat Untuk Terus Bekerja​

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar