Hiburan
Tyzo Sedia Berdamai, Namun Meletakkan Kesalahan Pada Bahu…
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui sedia berdamai dengan kemelut yang melanda dirinya dengan stesen radio Suria FM.
Sungguhpun bersedia untuk berdamai, menurut Tyzo, dia meletakkan kesalahan pada bahu Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin dan Pengurus Program, Jay Jay atas penamatan kontraknya.
BERITA TRENDING: Tyzo Jelaskan Kisah Sebenar Di Sebalik Kata-Kata: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini”
"Saya tiada masalah untuk berdamai, cuma DJ Lin dan Jay Jay harus dipersalahkan dalam soal ini.
"Saya tak salahkan Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group dan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse kerana beliau tidak tahu apa-apa, hanya dengar dari mulut mereka," dakwanya.
Tyzo berkongsi hal tersebut menerusi sesi bersama media yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Jumaat.
Dalam masa sama, Tyzo mendakwa, diriya disingkirkan daripada group WhatsApp ketika belum sempat keluar daripada bangunan pejabat Suria FM.
Sedangkan menurut Tyzo, penyampai radio sebelum ini tidak pernah diperlakukan seperti itu.
"Bukan itu sahaja, beberapa segmen yang sudah dirakamkan dan sepatutnya disiarkan pada hari terakhir saya turut dipadamkan.
"Saya tertanya-tanya kenapa diperlakukan sebegitu, adakah saya penjenayah?," katanya lagi.
BERITA TRENDING: Tyzo Akui Minta Kenaikan Gaji Sebanyak RM500, Tapi Nafi Dakwaan Tak Minat Untuk Terus Bekerja
Terdahulu, menerusi kenyataan media, khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan selepas lapan tahun bersama Suria FM.
Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.
Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.