Hiburan
“Uban Ke Tu Sis?” - Tampil Serba Putih Ala Frozen, Netizen ‘Pertikai’ Rambut Nora Danish
Pelakon Nora Danish mencuri perhatian wargamaya apabila tambil serba putih ala puteri ais termasuklah di bahagian rambutnya.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 37, memuat naik beberapa keping foto rambutnya di laman Instagram miliknya.
Nora tampil mengenakan gaun kembang serba putih dari hujung rambut hingga ke kaki bersempena malam Most Glam 2019 anjuran Majalah Glam yang meraikan para jelitawan Malaysia yang berpengaruh dan berjaya.
Meninjau di ruangan komen, ada wargamaya yang terkejut dengan penampilan rambut putih yang digayakan oleh Nora.
“Nora dah keluar uban eh?” tanya seorang wargamaya.
“cepatnya masa berlalu, tak sangka dah tua,” komen seorang wargamaya.
“Pelik sikit, nasib muka lawa,” kata seorang wargamaya.
Namun, dalam pada yang mengecam, ramai juga yang memuji penampilan Nora yang dikatakan mirip puteri Elsa menerusi filem Frozen 2.
“Macam puteri ais! Tema Frozen ni,” komen seorang netizen.
“OMG cantiknya, so Elsa!” puji seorang netizen.
“Wah natural beauty, always shining whenever you are,” kata seorang netizen lagi.
Selain Nora, antara wanita jelita penerima anugerah Most Glam 2019 malam tadi adalah Izara Aishah, Kavita Sidhu, Datuk Syafinaz Selamat, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.