Hiburan
Ucapan Istimewa Haris Ismail Buat Putera Sulung, Luah Rasa Sayang & Cinta - “Januari Dalam Hidupku Tidak Lagi Seperti Dulu”
Penceramah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal yang ke tiga tahun.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Haris mengimbau kembali memori ketika dia belajar di Imtiaz Terengganu dan menganggap bulan Januari paling tidak digemari namun ia berubah selepas kehadiran Bilal.
“Usia belasan tahun dulu, bulan Januari ni antara bulan yang paling tidak digemari, apa sebabnya? Kerana itulah waktunya diriku kembali ke asrama Imtiaz Terengganu.
“Maka aliran air mata tak dapat ditahan teringatkan rumah, rindu umi, abah dan adik beradik yang lain. Setelah beberapa dekad berlalu, Januari dalam hidupku tidak lagi seperti dulu.
“My wonderful, beautiful lovely boy Muhammad Bilal dilahirkan ke dunia ini. Dulu selalu terfikir macam mana ya bila dah jadi seorang ayah?
“Jawapannya, jika boleh kasih sayang ini dibentukkan secara fizikal, maka Bilal dan Abbas la adalah acuannya,” kongsi Haris.
Pada perkongsian yang sama, suami kepada usahawan dan selebriti Neelofa ini juga berkata setiap ibu bapa pasti sanggup melakukan apa sahaja dan berkorban demi anak-anak.
“Ungkapan seperti rela ku renang lautan luas akan ku daki gunung yang tinggi untuk mu. Selalu difikirkan pada siapalah sanggup aku lakukan semua ini?
“Boleh diucapkan oleh seseorang, akan tetapi pelaksanaanya belum tentu lagi. Tapi percayalah untuk anak-anak pasti dilaksana tanpa fikir-fikir lagi.
“Majoritas umi, abah di luar sana sanggup korbankan hidupnya demi kebahagian anak-anak. Seperti setiap hari ucapan Abah pada sang pencipta. Jadikanlah anak-anak abah orang yang baik, yang akan mandi dan solatkan jenazah abah bila tiba masanya nanti.
“Yang tak putus doakan abah, yang setia membela ibunya dan mengangkat agama melebihi segalanya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Haris berharap Bilal akan menyimpan kata-kata yang diberikan itu buat selamanya.
“Muhammad Bilal, apabila awak dah boleh baca ini, tolong simpan kata-kata ini dalam hati awak selamanya. Tiada tandingan cinta abah pada Bilal. Maaf hari-hari abah kucup pipi Bilal.
“Dulu atok Bilal pun banyk janggutnnya, abah faham struggle Bilal apabila saban hari dicium ayah yang berjanggut tajam. Walaupun begitu, itulah rutin yang paling abah nanti nantikan setiap hari.
“Sudah 3 Tahun anak abah 2025 ini. Abah sayangkan Bilal sepenuh hati abah Alhamdullillah satu perjalanan yang tidak disangka akan kebahagiannya.
“Sebagai akhirnya, semoga anak abah membesar dalam kefakihan / pandai bijak dalam ugama dan menguasai ilmu berkait dengannya,” katanya.