Laman Utama

Ular Tedung Mati Digigit Budak Lelaki! - "Ia Melilit Tangan Saya & ..."

Gempak
06/11/2022
04:45 MYT
Sponsor Banner
Ular Tedung Mati Digigit Budak Lelaki! - "Ia Melilit Tangan Saya & ..."
Seekor ular tedung mati selepas digigit seorang budak lelaki berusia lapan tahun dalam satu kejadian luar biasa di India, lapor akhbar Mirror UK baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku di kampung Pandarpadh, sebuah kawasan terpencil di tengah wilayah Chhattisgarh, India, Isnin lalu.
Ketika kejadian, ular itu dilaporkan melilit lengan kanak-kanak berkenaan, Deepak, sebelum mematuk kulitnya. Dia kemudian membalas serangan reptilia itu dengan mengigitnya kembali.
Menurut laporan, ular itu terjatuh di atas Deepak ketika dia sedang bermain di luar rumah. Ia melingkar pada lengannya sebelum mematuknya.
Budak lelaki tersebut kemudian menggoncang lengannya dengan kuat untuk melepaskan ular itu, namun gagal. Dia tidak berputus asa lalu menggigit badan ular itu untuk membunuhnya.
“Ular itu telah melilit tangan dan menggigit saya. Saya berasa amat sakit. Memandangkan reptilia itu tidak berganjak apabila saya cuba menepisnya, saya menggigitnya dengan kuat sebanyak dua kali. Semuanya berlaku dalam sekelip mata,” kata Deepak.
Ibu bapa Deepak kemudian membawanya ke pusat perubatan berhampiran. Dia kemudian dipantau untuk memastikan dia pulih sepenuhnya.
Doktor mendapati mangsa mengalami kesan ‘gigitan kering’ yang bermaksud ular tedung itu tidak mengeluarkan racun.
“Deepak tidak menunjukkan sebarang gejala dan pulih dengan cepat kerana gigitan kering apabila ular berbisa menyerang.
"Tiada racun yang dikeluarkan untuk gigitan seperti itu,” kata seorang pakar ular kepada akhbar The New Indian Express.
Ular dewasa yang mempunyai kawalan penuh terhadap racun sering memberikan gigitan kering. Ia sering berlaku apabila ular memberi amaran atau menakutkan haiwan lain berbanding membunuhnya.
Sumber: Agensi, Kosmo!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar