Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Ummi Menangis Ke?” - Muzik Video Inspirasi Kisah Benar ‘Adlina Marie’ Buat Ramai Sebak!

Hanafis Haris 23/08/2020 | 10:26 MYT

Mengangkat kisah seorang kanak-kanak yang viral ketika menziarah kubur bapanya, lagu Adlina Marie nyanyian Haqiem Rusli telah pun dilancarkkan Jumaat lalu.

Tambah menarik, muzik video lagu itu telah pun dimuat naik di YouTube FMC Music.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun ditonton sebanyak 258,000 kali.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya tersentuh apabila muzik video tersebut turut menampilkan sedutan rakaman yang viral sekitar tahun lalu.

Malah, ibu kepada Adlina turut mengucapkan terima kasih kepada Haqiem menerusi ruang komen di laman YouTube berkenaan.

“Saya bagi pihak anak saya nak ucapkan terima kasih kepada Haqiem Rusli dan team kerana menjayakan muzik video ini,” katanya.

Komen berkenaan kemudian ‘dibanjiri’ dengan doa netizen supaya adik Adlina Marie menjadi anak yang solehah.

Anda boleh lihat muzik video penuh di bawah.

Untuk rekod, Haqiem sebelum ini menyatakan lagu tersebut dicipta khusus buat kanak-kanak berkenaan.

Jelasnya, lagu itu memang menceritakan tentang Adlina tetapi ia lebih kepada mesej positif dan mengangkat cinta kepada ayah.

BACA: “Kenapa Ayah Tak Keluar Pun” - Kisah Adik Adlina Marie Yang Viral Ini Akan Diangkat Menjadi Lagu Terbaru Haqiem Rusli!

Pada yang tidak tahu, awal tahun lalu Malaysia dikejutkan dengan kisah menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun menziarah kubur arwah bapanya.

Lebih meruntun jiwa, Adlina Marie bertanyakan kepada ibunya mengapakah arwah ayahnya tidak keluar dari kubur untuk melihatnya.

Video berkenaan viral di media sosial sekali gus menyentuh ramai netizen di luar sana yang bersimpati dengan nasib malang kanak-kanak tersebut.

#Haqiem Rusli #AdlinaMarie
;