Berita
Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
BERITA TRENDING: #Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024
Selepas mendapat maklum balas positif daripada ahli berikutan penganjuran edisi pertama Umrah & Muslim Travel Fair baru-baru ini, acara Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH diteruskan lagi di Hotel Grand Barakah, Ampang bermula 25 hingga 27 Oktober ini.
Naib Presiden PAPUH, Muhammad Mursyid Abu Hassan dalam sidang media berkata penganjuran karnival dengan kerjasama pelbagai pihak dan ahli persatuan terbabit dapat memberi kemudahan kepada bakal jemaah umrah memilih pakej umrah dari syarikat pengendali yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
60 syarikat ambil bahagian
Katanya, ia dapat mengelakkan risiko penipuan sekali gus bakal menjadi platform buat agensi pelancongan menawarkan pakej menarik buat bakal jemaah.
"Pihak kami hanya membenarkan agensi mempunyai lesen penuh (seperti Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah) untuk mengambil bahagian dalam karnival ini.
"Sebanyak 60 syarikat akan mengambil bahagian dalam acara pada kali ini," katanya.
Hadiah istimewa
Tambahnya, sempena karnival itu pelbagai hadiah istimewa ditawarkan buat pengunjung sepanjang tiga hari ia berlangsung.
"Kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang ingin melancong untuk datang ke Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH ini seterusnya mendapatkan pakej umrah, pelancongan mesra muslim ke serata dunia, pas masuk ke taman tema, tiket penerbangan serta tidak ketinggalan pakej percutian dalam dan luar negara dengan harga yang sangat menakjubkan.
"PAPUH juga menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini. Hadiah utamanya adalah baucar umrah atau pelancongan bernilai RM2,000, 25 baucar umrah atau pelancongan bernilai RM500 dan 20 set Ihram," katanya yang turut menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan Saudia (Saudia Airlines) bagi menjayakan acara ini.
Mengenai karnival itu lagi, Mursyid merancang meletakkan ia sebagai penanda aras untuk melaksanakan program sama di beberapa negeri pada masa akan datang.
Agensi dan syarikat yang akan terbabit sebagai pempamer dalam Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH antaranya Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn Bhd, Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd, Kurma Getaways Travel Management Sdn Bhd dan Rms Travel & Tours Sdn Bhd dan banyak lagi.