Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Umrah Pakai Telekung Harga RM6,080, Usahawan Mahu Jadi Tetamu VIP Allah - "Saya Janji Hadiahkan Diri Bila Dapat Khatam Al-Quran"

Amri Hassan 25/12/2022 | 22:55 MYT

Sepotong video memaparkan aksi pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tular di TikTok hingga mendapat pelbagai reaksi warganet.

Dalam video berkenaan, Haliza yang berada di Masjid Nabawi, Madinah ketika mengerjakan ibadah umrah menyarung sepersalinan telekung yang didakwa bernilai RM6,080.
Mengulas tindakannya kepada Harian Metro, kata Haliza, perkongsiannya itu hanya untuk dirinya sendiri.
"Bukan riyak, tapi inilah yang saya pinta setiap pagi, petang, siang dan malam nak menjadi tetamu VIP Allah.
"Apa saya kongsikan itu untuk diri sendiri. Itu apa yang saya minta dan doa pada Allah.
"Tapi itu lah, tidak menjangka pula ia menjadi tular. Saya tak terkesan pun dengan segala komen yang ditulis. Saya senyum baca komen mereka, tak marah dan tidak pula terasa. Sebab saya tahu niat saya.
"Saya tak pernah cerita hal orang lain. Saya hanya cerita mengenai diri saya saja. Tapi itu pun saya teruk dikecam.
"Sebenarnya, hantaran saya itu lebih kepada cerita berdasarkan pengalaman peribadi ketika menunaikan umrah.
"Kalau ikutkan hati apa yang ditulis kadang terasa juga, tapi suami kata tidak mengapa. Niat itu yang penting. Yang baik ambil sebagai iktibar, yang kurang baik itu kita manusia," ujarnya.
Maksud VIP?
Tambah Haliza, hantaran dimuat naik itu juga bukan bertujuan untuk membandingkan dirinya dengan orang lain.
"Apa maksud VIP bagi saya? Saya mahukan penerbangan kelas perniagaan supaya senang dan selesa beribadah, selesa membaca al-Quran dan tak perlu risau mengenai makan dan minum dalam penerbangan. Semuanya terjaga.
"Saya minta pada Allah nak duduk hotel yang paling dekat supaya senang nak ke masjid, yang sudah tentu harganya berlipat kali ganda. Saya minta pada Allah beri saya ruang dan kusyuk dalam apa saja ibadah selama di sana.
"Saya minta Allah beri peluang dan ruang untuk boleh solat dan doa di dalam Raudah (Masjid Nabawi) dengan selesa sebagaimana seorang VIP dapat tempat paling depan apabila dijemput di majlis di Malaysia.
"Saya minta Allah lancarkan dan mudahkan untuk diri ini khatam al-Quran di rumah di Masjidil Haram. Dan saya janji untuk hadiahkan diri ini telekung yang mewah dan mahal harganya apabila dapat khatam al-Quran.
"Janji ini buat saya lebih bersemangat habiskan bacaan al-Quran. Sebagaimana seorang VIP yang selalu dapat cenderahati barangan mewah.
"Semua sedia maklum bulan Disember menjadi pilihan jemaah dari seluruh dunia datang untuk mengerjakan umrah. Saya minta Allah melorongkan jalan untuk saya lancar tawaf dan saie sebagaimana yang dilalui seorang VIP," jelasnya.
Sebelumnya, Haliza juga pernah tular apabila menerusi jenama yang diusahakan menjual tudung mewah mencecah RM2.5 juta.
Sumber: Harian Metro

#Viral #Umrah #VIP #Telekung #Bawal Exclusive #Haliza Maysuri
;