Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Umur Berapa Mama Akan Mati?" - Ini Respons Shahida Menjawab Pertanyaan 'Berani' Anaknya...

ZULHILMI JALIL 04/02/2020 | 08:20 MYT
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan bahawa anak lelakinya, Ibraheem Adham ada bertanyakan mengenai soal kematian kepadanya.
Menurut Shahida, pertanyaan itu membuatkan dirinya terkedu dan tidak tahu mahu memberikan respons yang sepatutnya bagi menjawab persoalan anaknya itu.
"Semalam @baemadham_terlajaklaris tanya 'Mama umur berapa mama akan mati?...Abah mati dulu ke mama mati dulu? Baem rasa mama mati dulu sebab mama kan lagi tua daripada abah!!'
"Tak tahulah nak gelak ke nak sedih tetapi positifnya kita ingat kematian kan," tulisnya.
Perkara itu dikongsikan Shahida menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Semalam @baemadham_terlajaklaris tanya “mama umur berapa mama akan mati?...abah mati dulu ke mama mati dulu? baem rasa mama mati dulu sebab mama kan lagi tua dari abah!!”?... (x tau lah nak gelak ke nak sedih tapi positifnya kita ingat kematian kan) . Jadi sebelum mama tutup mata,ingat pesanan mama ni utk semua anak2 mama,Ammar,Qadejah,Ibraheem,Ameena,Yusoff dan Raudhah.. . “Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Perkongsian Shahida itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata terhibur dengan pertanyaan spontan yang keluar daripada Baem.
"Saya bukan gelak sebab kelakar. Saya tergelak sebab terkesima dengan pertanyaan anak datin. Kalau saya kat tempat datin, anak saya tanya macam tu, sah-sah saya pun macam Datin rasa.
"Bijak Baem ni, pemikiran dia lebih dewasa dari umurnya, semoga Baem terus membesar menjadi anak yang soleh
"Anak kita siap lukis kubur kita sis.. bagusnya mengingatkan kita tentang kematian," komen sebahagian pengikutnya.
Begitupun, Shahida turut menitipkan pesanan buat anak-anaknya.
"Jadi sebelum mama tutup mata,ingat pesanan mama ni untuk semua anak-anak mama, Ammar, Qadejah, Ibraheem, Ameena, Yusoff dan Raudhah.
"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam di dalamnya.
"Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini," katanya.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiya serta seorang anak angkat, Ameena.
#Shahida #Baem
;