Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Uncle Umur 58 Tahun Menang Cabaran Makan Ayam Pedas Berapi Level 5! - "20 Tahun Suka Pedas, Barulah Berselera"

Amri Hassan 10/10/2023 | 12:15 MYT
Pesara veteran berusia 58 tahun, Lee Chee Wan, berjaya mengalahkan hampir 400 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Fire Chicken Challenge anjuran jenama ayam goreng terkenal berasal dari Indonesia, Richeese Factory baru-baru ini.
Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, sebagai penggemar hidangan pedas, cabaran itu alah bisa tegal biasa baginya.
Kemenangan itu melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan baucar bernilai RM500.
"Saya sangat gembira dan salah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Saya suka makan pedas. Kalau tak pedas tak selera. Saya dapat tahu Richeese Factory dibuka di Seremban saya terus cuba dan saya suka.
"Makan pedas ni kena praktis, saya sudah makan pedas 20 tahun. Enam kali sudah saya makan ayam Richeese Factory di Seremban.
"Tipsnya sebelum makan pedas, kena basahkan mulut dengan air dan kunyah sedikit demi sedikit lepas tu baru makan besar. Mujurlah selama ini perut saya tak ada masalah," katanya.
Mengalahkan pencabar lain yang lebih muda, katanya hal itu memerlukan latihan yang betul.
"Sama macam training badminton kena practise hari-hari. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Asalkan buat kerja betul, tak kira pencabar siapa, betulkan matlamat kita.
"RM3,000 ini saya nak guna untuk perbelanjaan harian, makan bersama keluarga pada hujung minggu," tambahnya.
Selain juara, tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan baucar bernilai RM500. Manakala tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM1,000 dan baucar bernilai RM500.
Para pemenang saguhati akan menerima wang tunai RM250 dan baucar bernilai RM250 setiap seorang.
Menerusi pertandingan ini, para peserta dikehendaki mencabar ketahanan diri mereka untuk menghabiskan ayam goreng istimewa Richeese Factory Fire Chicken dalam masa yang paling pantas.
Pengurus Negara Richeese Factory Malaysia, Joel Lee berkata, “Pertandingan Fire Chicken Challenge ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pengemar ayam goreng istimewa Richeese Factory Fire Chicken untuk mencabar tahap kepantasan dan had kepedasan mereka.
"Pada masa yang sama, inilah cara kami untuk turun padang dan menerima maklum balas orang ramai tentang ayam goreng dan produkproduk Richeese Factory."
Pertandingan Fire Chicken Challenge dibuka secara percuma untuk disertai oleh orang ramai dengan cara mengimbas kod QR yang disediakan untuk mengisi borang pendaftaran.
Richeese Factory diperkenalkan di Malaysia sejak 8 bulan lalu dengan pembukaan cawangan pertamanya di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya. Sehingga akhir September 2023, terdapat sejumlah 8 cawangan Richeese Factory di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Joel Lee berkata sasaran Richeese Factory adalah 15 cawangan pada tahun ini dan menambah 30 cawangan lagi pada tahun hadapan.
"Maklum balas positif terhadap kualiti dan keenakan produk Richeese Factory memberi keyakinan kepada kami untuk terus memajukan perniagaan di Malaysia dengan memasuki pasaran di semua negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun
2024.
"Apatah lagi, ayam goreng Fire Chicken kami telah mula mengumpul ramai penggemar setia terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia," katanya lagi.

Trivia Richeese Factory

- Meneruskan kejayaannya dalam melahirkan produk pengguna yang berkembang maju, terutama produk popularnya iaitu Wafer Keju Nabati, Richeese Factory Indonesia di bawah PT.
- Richeese Kuliner Indonesia telah diasaskan sejak tahun 2011.
- Kemunculan syarikat ini bertujuan untuk memberikan pengalaman baharu di dalam hidangan makanan berteraskan keju menerusi format perkhidmatan restoran yang pantas atau Quick Service Restaurant.
- Kini Richeese Factory Indonesia telah berjaya mengembangkan perniagaan dan jenamanya dengan lebih 200 cawangan di seluruh Indonesia.
- Sebagai salah satu jenama yang menawarkan perkhidmatan restoran pantas terkemuka di Indonesia, Richeese Factory Indonesia kini telah menembusi pasaran Malaysia.
- Richeese Factory telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada Februari 2023 di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, dengan tujuan untuk memperkenalkan citarasa dan keenakan menu ciptaan mereka ke negara luar.
- Keistimewaan Richeese Factory yang unik ialah sos keju yang melengkapi setiap hidangan makanan yang disediakan. Ini membezakan Richeese Factory dengan jenama-jenama lain yang ada dipasaran.
- Selain itu, Richeese Factory turut menyediakan sos BBQ dengan tahap kepedasaan yang bermula dari tahap 0 hingga 5. Jadi, mana satu pilihan anda?

Menu istimewa Richeese Factory

#Viral #Pemenang #Cabaran #Ayam Pedas #Fire Chicken Challenge #Richeese Factory
;